RAMAH TAMAH AIDILADHA 2016

 

Pada 16 September 2016 pihak jawatankuasa kolej telah menganjurkan majlis sambutan Hari Raya AidilAdha diperingkat Kolej Sakura. Majlis ini diberi nama 'Ramah Tamah AidilAdha'. Walaupun tidak pulang beraya bersama keluarga tercinta, para pelajar berpeluang meraikannya bersama sahabat handai disini.


Tradisi kunjung mengunjungi masih menjadi amalan pelajar kolej Sakura. Pelbagai juadah istimewa dihidangkan pada perayaan ini. Antara juadah yang menjadi tumpuan pelajar kolej adalah lemang, rendang, nasi impit, laksa sarawak serta kek lapis. Kemeriahan sambutan hari raya disini masih meriah walaupun berjauhan dengan keluarga tercinta. Kegembiraan para pelajar jelas terpancar dari senyuman mereka.


Pelbagai pertandingan dipertandingkan. Antaranya pertandingannya ialah 'Eh ! Kita sendondon la'. Aspek yang dinilai bagi pertandingan ini adalah bilangan ahli rumah yang memakai baju mahupun tudung yang sama warna ataupun gaya. Pemenang bagi pertandingan ini dimenangi oleh rumah B3.1 dan B3.2. Bagi pertandingan 'Jom Wefie' dimenangi oleh rumah C3.3 dan C3.4. Pertandingan ini dinilai melalui bilangan "likes" yang terbanyak. Sebanyak tiga pemenang bagi pertandingan 'Teratak Kami Rumah Terbaik'. Pemenang bagi blok A adalah rumah A2.3 dan A2.4, blok B adalah rumah B2.1 dan B2.2 serta blok C adalah rumah C3.5 dan C3.6.


Gelagat-gelagat sepanjang majlis Ramah Tamah AidilAdha:



Disediakan oleh,
Nor Afikah Mazlan

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.