MINI CAKE BOSS

 
Buat pertama kalinya program yang diberi nama 'Mini Cake Boss' ini diadakan. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat pada pelajar kolej Sakura dalam bidang peghiasan kek. Program anjuran exco keusahawanan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para pelajar kolej sakura. Program ini diadakan pada 4 Mac 2017 bertempat di perkarangan blok B, kolej sakura.

Sebanyak 20 kumpulan berjaya menyertai program ini. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang peserta. Setiap peserta dikehendaki membayar yuran penyertaan sebanyak RM5. Para peserta mula 'sign in' pada pukul 9 pagi diikuti dengan sesi taklimat dari pengarah program. Taklimat ringkas yang berkisarkan peraturan yang perlu peserta patuhi sepanjang program ini berlangsung.
Tepat pada pukul 10 pagi, para peserta dibenarkan untuk menghias kek masing-masing mengikut tema yang dipilih oleh kumpulan mereka. Pelbagai jenis corak yang dapat dilihat sepanjang pertandingan ini dijalankan. Para peserta berganding bahu memberikan idea bagi memastikan kek mereka berjaya menarik hati juri.
Sesi penilaian dekorasi kek bermula pada pukul 11.30 pagi. Kedua-dua felo kolej sakura, Cik NoorFarida serta Dr Nor Hasmaliana merupakan juri pada kali ini. Selain itu, wakil Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) Saudari Nor Hafizah juga merupakan juri Mini Cake Boss ini. Peserta dinilai melalui lima element penting. Antara element yang dinilai adalah kreativiti(20%), kekemasan(10%), tema(10%), kerjasama antara ahli kumpulan(10%) dan kebersihan(30%).
Sebaik tamatnya sesi penjurian, program ini diteruskan lagi dengan majlis penutupan. Majlis penutupan program Mini Cake Boss dihadiri oleh pengetua kolej sakura, Cik Siti Nor Ain binti Hj Musa, felo kolej sakura, Cik NoorFarida binti Saini serta Dr Nor Hasmaliana binti Abdul Manas. Para peserta kelihatan berdebar-debar menantikan pengacara majlis mengumumkan pemenang bagi pertandingan ini. Berikut merupakan pemenang bagi pertandingan ini:
Johan - Cake A27
Naib Johan - Lady Bos
Tempat ketiga - Candy Crush
Program ini tamat tepat pada pukul 1 tengahari sebaik sahaja sesi fotografi bersama pemenang. Para peserta dikehendaki 'sign out' serta diberikan merit sebaik sahaja tamat program ini.
Disediakan oleh;
Nor Afikah Mazlan




No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.