نَسْأَلُكَ
يَامَنْ هُوَ اللهُ الَّذِيْ لآَ إِلَهَ إِلّاَ هُوَ اْلرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ
Nas-aluka
yâ man huwaAllâhulladzî lâ ilâha illâ huwar-Rohmânur-Rohîm
أَلْمَلِكُ
اْلقُدُّوْسُ السَّلَامُ اْلمُؤْمِنُ اْلمُهَيْمِنُ الْعَزِيْزُ اْلجَبَّارُ
Al
Malikul Quddûsus-Salâmul Mu.minul Muhaiminul ‘Azîzul Jabbâr
اْلمُتَگَبِّرُ
اْلخَالِقُ اْلبَارِئُ اْلمُصَوِّرُ اْلغَفَّارُ اْلقَهَّارُ اْلوَهَّابُ الرَّزَاقُ
اْلفَتَّاحُ اْلعَلِيْمُ
Al
Mutakabbirul Khôliqul Bâri-ul Mushowwirul Ghoffârul Qohhârul Wahhâbur-Rozzâqul
Fattâhul ‘Alîm
22
NOVEMBER 2019, JUMAAT – Asma’ul Husna, 99
nama Allah SWT dialunkan sebagai pembuka tirai bagi program Ceramah Ziarah ke Alam Barzakh: Kematian Adalah
Sebuah Kepastian anjuran Jawatankuasa Surau Sakura (JASSA) Sesi 2019/2020 yang
bertempat di Dewan Syarahan, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) UNIMAS.
Ceramah
Ziarah ke
Alam Barzakh disampaikan oleh Ustaz Muhamad Fadhli Bin Ahmat, Ketua Jabatan Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS dan dihadiri oleh Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain Binti Haji
Musa, Felo Kolej Sakura, Cik Noorfarida Binti Saini dan Cik Raja Norazizah Binti Raja Harun
serta Pengarah PITAS, Profesor Madya Dr
Abdul Halim bin Haji Busari.
Ustaz Muhamad Fadhli
Bin Ahmat memulakan bicara dengan mengalunkan surah Al-Kahfi ayat 1 hingga 10 bersama penonton yang hadir. Beliau yang juga
merupakan Kaunselor Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)
menyatakan melalui ceramahnya bahawa alam barzakh adalah alam yang dilalui oleh
manusia setelah meninggal dunia yang menjadi pemisah antara alam dunia dan alam
akhirat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tiada seseorang pun yang betul
mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat), dan
tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi
pengetahuan-Nya.” (Surah Luqman, ayat 34)
Ustaz kelahiran Jerteh, Terengganu ini menyatakan lagi bahawa manusia
perlu mengingati mati sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu waktu hendak tidur
dan bangun dari tidur. Sewaktu bangun daripada tidur, kita membaca doa yang
bermaksud: “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan
kami dan kepada-Nya kami akan kembali. Doa itu sebenarnya mengandungi
pengertian yang sangat besar iaitu berkaitan dengan kematian. Ketika tidur kita
semua dikatakan mati sebentar. Apabila terjaga, Allah SWT akan menghantar
semula roh kita. Maka, setiap orang Mukmin tidak akan sesekali lalai kerana
setiap kali bangun tidur, kita diperingatkan dengan kematian.
Terdapat banyak hadis ada menyebutkan tentang tanda-tanda seseorang itu
meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah. Terlebih dahulu, antara syarat
paling penting bagi seseorang itu mendapat husnul khatimah ialah mati dalam
keadaan menganut agama Islam, beriman kepada Allah SWT dan melafazkan syahadah
sebelum dia meninggalkan dunia. Ini kerana Allah SWT tidak mengampunkan dosa
orang yang melakukan syirik kepadaNya.
TANDA KEMATIAN YANG BAIK (HUSNUL KHATIMAH)
1. Mati pada hari atau malam Jumaat
2. Mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir
3. Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya
4. Dia diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum dia meninggal dunia
5. Dia berasa gembira dan senang hati untuk bertemu
dengan Allah SWT
6. Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang
berkaitan dengan perut
7. Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh
bangunan dan syahid di jalan Allah SWT
8. Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak
9. Meninggal dunia kerana mempertahanakan harta dan
maruah dirinya
10. Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan
soleh
SUASANA DALAM KUBUR:
Setelah sesi ceramah berakhir, sesi soal jawab dibuka kepada para
penonton. Alhamdulillah ramai penonton aktif menanyakan soalan yang bernas
serta bermaklumat dan Ustaz Muhamad Fadhli Bin Ahmat dapat
menjawab persoalan dengan tepat.
Program Ceramah Ziarah ke Alam Barzakh diteruskan dengan
penyampaian cenderahati penghargaan kepada Ustaz Muhamad Fadhli
Bin Ahmat oleh Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa,
Pengetua
Kolej Sakura diiringi oleh Pengarah program iaitu Izzah Syahirah Binti Asik dan
diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan. Tetamu VIP seterusnya dijemput menjamu selera dan para penonton bersurai.
“Sebaik-baik bekalan menuju akhirat adalah takwa.”
Disediakan oleh Ayunazira Binti Mohamad Johari
Photographer: Nurul
Amira