5 April 2019, Jumaat – Sebuah program kerohanian “Isra’
Mikraj: The Night Journey” telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Sakura Sesi
2018/2019 bertempat di Dewan Syarahan, PITAS. Isra’ Mikraj merupakan kisah pada
malam Nabi Muhammad S.A.W menunggang Buraq selama 3/4 malam dari Masjid
Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa berserta kejadian yang berlaku sepanjang perjalanan
tersebut.
Objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah bagi memberi
penghayatan tentang perjalanan Nabi Muhammad S.A.W yang berlaku dalam satu
malam yang penuh bersejarah. Selain itu, memberi kesedaran kepada mahasiswa
tentang pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W untuk berjumpa dengan Allah S.W.T
tentang solat di samping, menggalakkan mahasiswa menghayati alam ciptaan Allah
S.W.T.
Pendaftaran pelajar telah dibuka seawal pukul 7:30 petang
sehingga 8:15 malam, bertempat di luar Dewan Syarahan, PITAS. Program dimulakan
tepat jam 8:30 malam setelah ketibaan penceramah jemputan, Ustaz Sarbini Bin
Dahlan dengan bacaan Asmaul Husna yang
kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa. Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain
Binti Haji Musa berserta felo-felo Kolej Sakura, Cik Noorfarida binti Saini dan
Cik Raja Norazizah binti Raja Harun turut hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.
Ceramah pada hari itu telah dimulakan dengan penceritaan latar belakang
peristiwa Isra’ Mikraj yang merupakan tahun kesedihan bagi Nabi Muhammad S.A.W
kerana meninggalnya dua orang terdekat baginda. Selain itu, penceramah turut
memberikan takrif ataupun arti perkataan Isra’ dan Mikraj. Seterusnya
penceramah telah menceritakan peristiwa perjalanan Nabi Muhammad di samping menyelitkan
nilai-nilai moral yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan para pelajar.
Program tersebut telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati
kepada Ustaz Sarbini Bin Dahlan oleh pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain Binti
Haji Musa dan juga sesi fotografi bersama peserta. Majlis kemudian bersurai pada
jam 10:30 malam.
Disediakan oleh: Deveena Iyot Anak Adrian Betie
Photographer: Fellyciana Anak Sylvester
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.