24/11/2016 -Kenali kehidupan bumi matahari terbit bersama Prof. Dr. Ibrahim Safawi Mohd Zain sempena Festival Sakura@Kenyalang. Penyampai yang dijemput khas bagi program kali ini iaitu Forum: Travelog Bumi Jepun.
Prof. Dr. Ibrahim berkongsi pengalaman beliau menjalani kehidupan di Jepun
selama 3 tahun 8 bulan.
Menurut pengamalan Prof. , orang Jepun sangat mengalu-alukan kedatangan
tetamunya malahan mereka sangat menghormati antara satu sama lain. Menurut
beliau, lagi kehidupan di bumi Jepun ada perbezaan dengan kehidupan di
Malaysia. Seperti yang semua tahu, orang
jepun sangat menghargai waktu yang mereka ada dan mereka menjalankan
tugasan yang diberikan dengan cara yang profesional.
“Life is depend on it”, itu pernyataan yang diberikan oleh Prof. kepada
orang jepun, oleh kerana mereka sangat tekun dan kuat bekerja tanpa mengenali
erti lelah. Selain itu, satu soalan pendapat telah diajukan oleh moderator
kepada Prof. mengenai tragedi hebat
tsunami yang menimpa bumi jepun pada suatu ketika . Menurut Prof. Dr Ibrahim, musibah
yang sehebat begitu tidak mematahkan semangat penduduk jepun untuk terus
berusaha dalam menjalani kehidupan seperti sedia kala. Tambahan lagi, semangat
kerjasama yang diserlah oleh orang jepun sangat cemerlang, dimana mereka
membantu antara satu sama lain tanpa menghiraukan persekitaran yang terjejas
teruk pada ketika itu.
Seterusnya, moderator bertanyakan adanya sifat-sifat islam dalam kehidupan
seharian orang Jepun dari aspek kebersihan. Prof. mengatakan orang Jepun sangat
mementingkan kebersihan malahan sifat seperti ini telah diterapkan sejak dari
kecil lagi. Selain itu, Prof. menambah lagi, semangat gotong-royong juga turut
ada dalam diri setiap orang jepun itu sendiri. Tambah beliau lagi, orang Jepun
sangat terkenal dengan semangat setia kawan dimana beliau sendiri mempunyai
ramai teman dari Jepun.
Sebelum berakhirnya forum, Prof Dr. Ibrahim menjawab soalan dari seorang
pelajar mengenai cara untuk mengelak rasa “home sick” untuk mereka yang pertama
kali menjejak kaki ke bumi asing. ‘Buatlah diri anda gembira dengan cuba
bercampur dengan kehidupan disana dan perlulah seseorang itu, seimbang antara
minda dengan emosi’,kata Prof. Dr. Ibrahim.
Program berakhir dengan pemberian cenderahati kepada Prof. Dr. Ibrahim
Safawi oleh pengetua Kolej Sakura. Sekian.
Disediakan oleh;
Nurul Syuhada binti Mohd Sukri