Anta Tanya? Ana Jawab

ANTA TANYA ANA JAWAB
disediakan oleh : Fatin Shahirah binti Amanzuria
27 APRIL 2018 - Satu forum sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan bertajuk `Anta Tanya Ana Jawab` telah berlangsung di Dewan Syarahan,Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS. Panel jemputan ialah Ustazah Maznah Binti Daud yang merupkan penceramah bebas lepasan Sarjana Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Al Azhar.  Saudari Saidatul bt Khairulhizam Aisyah, bertindak sebagai moderator pada malam tu. Forum anjuran JASSA ini berlangsung jam 8.30 malam dan berakhir jam 10.00 malam. 
Bacaan doa

Penceramah di dalam amanat pengurusannya, memperkatakan mengenai bulan Ramadhan adalah 'Bulan Tarbiyah' (bulan didikan) yang mana melaluinya, seseorang Muslim itu seharusnya terdidik imannya, jiwanya dan peribadinya. Beliau turut mengingatkan kepada semua pelajar Islam agar berpuasa dengan niat yang ikhlas. Semoga kita akan termasuk dari kalangan mereka yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W : “ Barangsiapa yang menghidupkan ramadhan dengan penuh keimanan & mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, diampunkan dosanya yang telah lalu ” (Riwayat Bukhari)


 Moderator pun mainkan peranan penting and sangat berkarisma dengan cara beliau bawa seluruh warga dewan hayati isi forum tu. Lepas para panel dan moderator beri kata-kata terakhir,sesi soal jawab dibuka.

Sebelum tamat, panel dan moderator diberikan cenderahati oleh Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain binti Musa.


Oleh: Fatin Shahirah binti Amanzuria                                                      

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.