GIRLS ZUMBA PARTY
disediakan oleh : Fatin Shahirah binti Amanzuria
"We
make a living by what we get, but we make a life by what we give" -
Winston Churchill.
21 APRIL 2018 - Zumba
merupakan satu program senaman berunsur tarian yang diasaskan oleh Alberto
"Beto" Perez, seorang penari dan choreographer yang
berasal dari Colombia. Gerakan dalam Zumba menggabungkan tarian dan senaman
aerobik, menggunakan muzik berentak samba, soca, hip hop, salsa,
merengue dan mambo. Zumba semakin mendapat tempat di hati
penggemar senaman di Malaysia.
Pada 23 April 2018 yang lalu telah diadakan satu program yang
diberi nama Girls Zumba Party'. Program anjuran jawatankuasa perwakilan pelajar
ini telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Student Pavillion.
Bodylicious Fitness Centre merupakan instructor zumba pada 23 April.
Selain itu, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk pertandingan kumpulan
mana yang berjaya mengingati choreography yang telah diajar.
Peserta kelihatan
bersungguh-sungguh mengingati setiap langkah yang telah diajar. Walaupun
kepenatan mereka tetap tersenyum kerana dapat mengurangkan sedikit tekanan
belajar sepanjang minggu.
Tepat pada jam 9.30 malam, tamatlah aktiviti zumba ini.
Program pada hari ini ditamatkan dengan penyampaian cenderahati daripada pihak
penganjur kepada pihak Bodylicious Fitness Centre.
Antara kelebihan berzumba adalah dengan berzumba seseorang
itu dapat membakar 500 hingga 1000 kalori dalam masa satu jam. Zumba
membolehkan sesorang itu membuat senaman seluruh badan atau full body workout. Dengan senaman
yang konsisten, sesorang itu boleh mendapatkan bentuk badan idaman, otot yang
pejal dan kulit yang tegang serta tidak menggeleber. Selain itu, zumba juga
merupakan senama yang menyeronokkan kerana menggabungkan gerakan seumpama tarian
dengan muzik yang rancak.
Di sediakan oleh:
Fatin Shahirah bt Amanzuria
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.