LAILATUL NISAA'


Buat pertama kalinya program seumpama ini diadakan. Program yang diberi nama 'Lailatul Nisaa' ini diadakan pada 14 April 2017 yang lalu di Dewan Kuliah, CTF1. Seiring dengan nama Lailatul Nisaa program ini bertemakan 'Arabian Night'. Objektif utama program ini diadakan adalah memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat mereka yang terpendam dalam bidang nyayian. Selain itu program ini sangat menitikberatkan kepentingan aurat seseorang wanita.

Tepat pada jam 7.30 malam program ini bermula dengan ketibaan VIP iaitu, Cik Siti Nor Ain binti Hj Musa, pengetua Kolej Sakura serta Cik NoorFarida binti Saini, felo Kolej Sakura diiringi pengarah program. Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu kategori nyayian solo, nyayian berkumpulan serta pertunjukan fesyen yang bertemakan arab.

Sebanyak empat penyertaan nyayian solo serta dua penyertaan nyayian berkumpulan. Bagi kategori pertunjukkan fesyen, terdapat lima belas penyertaan. Peserta pertunjukkan fesyen perlu berfikiran kreatif untuk mereka fesyen yang memukau para juri serta penonton sekaligus menepati tema serta menutup aurat dengan sempurna. Menutup aurat merupakan kewajiban bagi seluruh kaum Muslim, lelaki dan perempuan. Untuk kaum hawa,  Allah s.w.t. telah menetapkan perihal menutup aurat ini dalam Al Quran :


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya; janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) tampak padanya. Wajib atas mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya. ( An-Nur [24]: 31).


Beatrice Ungan Bilong serta Wan Nur Asyikin Wan Abdullah merupakan juri yang dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta. Berikut merupakan senarai pemenang bagi kategori nyayian:
 Pertama: Nihayatul Amirah
Kedua: Sister Hood
Ketiga: Khadijad Hamdan

Bagi kategori pertunjukkan fesyen, berikut merupakan senarai pemenang:
Pertama: Farra Amirah
Kedua: Sharifah Safiqah
Ketiga: Raida Ishak

Bukan peserta sahaja yang dinilai, penonton juga dinilai. Penonton yang bertuah yakni yang mengikut tema pada malam itu turut diberi penghargaan. Saudari Sabrina Sabri merupakan 'Queen of the night' bagi kategori muslim manakala Saudari Maxzi Melzrienncy Matias merupakan 'Queen of the night' bagi kategori non-muslim.

Program ini tamat tepat pada jam 10 pm sebaik selesai sesi fotografi bersama VIP, peserta serta penonton. Para pelajar kelihatan tersenyum girang sebaik program tamat kerana dapat mengurangkan tekanan belajar sepanjang minggu. 

 Di sediakan oleh;
Nor Afikah Mazlan

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.