"We make a living by what we get, but we make a life by what we give" - Winston Churchill.
Zumba merupakan satu program senaman berunsur tarian yang diasaskan oleh Alberto "Beto" Perez, seorang penari dan choreographer yang berasal dari Colombia. Gerakan dalam Zumba menggabungkan tarian dan senaman aerobik, menggunakan muzik berentak samba, soca, hip hop, salsa, merengue dan mambo.Zumba semakin mendapat tempat di hati penggemar senaman di Malaysia.
Pada 22 dan 23 April 2017 yang lalu telah diadakan satu program yang diberi nama 'Colour Zumbarty for Charity'. Program anjuran exco kebajikan dan kemudahan ini adalah bertujuan untuk menyumbang sambil berzumba. Terdapat empat pakej yang ditawarkan iaitu dua pakej untuk pelajar serta dua lagi pakej untuk bukan pelajar. Para peserta turut mendapat t-shirt, sijil penyertaan serta makanan.
Peserta kelihatan bersemangat berzumba walaupun hari hujan pada 22 April 2017. Bodylicious Fitness Centre merupakan instructor zumba pada 22 April. Selain itu, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk pertandingan kumpulan mana yang berjaya mengingati choreography yang telah diajar. Peserta kelihatan bersungguh-sungguh mengingati setiap langkah yang telah diajar.
Tepat pada jam 5.30 petang, tamatlah aktiviti zumba ini. Program pada hari ini ditamatkan dengan penyampaian cenderahati daripada pihak penganjur kepada pihak Bodylicious Fitness Centre.
Lain pula pada 23 April 2017, instructor pada hari ini adalah dari Zess Fitness Studio. Cuaca pada hari ini tidaklah hujan seperti hari sebelumnya. Peserta kelihatan teruja untuk berzumba sambil dibaling dengan serbuk bewarna. Peserta berzumba selama dua jam pada hari ini. Walaupun kepenatan mereka tetap tersenyum kerana dapat mengurangkan sedikit tekanan belajar sepanjang minggu.
Di sediakan oleh:
Nor Afikah Mazlan
Imelia Kyra Iskandar
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.