Perang Melawan Mitos
oleh : Fatin Shahirah bt Amanzuria
23 Mac 2018 – "Kita adalah musuh pada perkara yang kita tak tahu". Bersempena festival Sakura@Kenyalang, pihak
jawatankuasa kolej Sakura tidak melepaskan peluang menganjurkan ceramah
kesihatan. Ceramah yang bertajuk ‘Perang Melawan Mitos’ telah disampaikan oleh
penceramah jemputan iaitu Dr Khairul Hafidz Alkhair bin Khairul Amin, Penolong
Pengarah Kanan, Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit merangkap pengasas dan
pengerusi Persatuan Tweet Perubatan Malaysia (Medical Tweet Malaysia medtweetmy)
Dalam ceramah tersebut, Dr.
Hafizd merungkai penerangan di sebalik setiap pertanyaan seperti adakan mandi
malam menyebabkan paru-paru berair? Adakah betul tindakan meletakkan ubat gigi
di kulit yang melecur? Deodoran penyebab kanser? Makan cili akan sebabkan
keradangan apendiks? Adakah herd immunity setelah
divaksinkan kanak-kanak itu agenda Yahudi? Betulkah apabila terkena angin ahmar
(stroke) maka kita perlu titiskan darah di jari mangsa?
Banyak pertanyaan kesihatan
itu berkisarkan kepada kepercayaan lama yang turun dari zaman berzaman. Sebelum
ini rakyat Malaysia dan orang Melayu khasnya memang menurut kepercayaan lama
dan pantang larang yang tidak diketahui siapa yang memulainya.
Katanya lagi, ia merupakan
langkah awal untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas sekali gus menepis
panduan yang tidak tepat, salah atau sekadar mitos oleh mereka yang bukan pakar
yang menimbulkan stigma, komplikasi penyakit bahkan menyebabkan kematian.
Kini persoalan-persoalan
tersebut akan terjawab apabila kumpulan doktor-doktor yang aktif memberikan
informasi kesihatan di Twitter dengan #MedTweetMy menghasilkan buku bertajuk Perang Melawan Mitos (PMM). Jelasnya, buku itu ditulis supaya rakyat faham ada
kepercayaan lama nenek moyang kita ini yang tiada asas dan kadangkala boleh
menyebabkan natijah yang kurang baik kepada pesakit.
Antara 36 penulis yang
menghasilkan 62 artikel di dalam buku itu ialah Dr Khairul Hafidz Alkhair, Dr
Anwar Fazal Abu Bakar, Dr Beni Rusani, Dr Rafidah Abdullah, Dr Kamarul Ariffin
Nor Sadan, Dr Mahyuddin Mohamed, Suhazeli Abdullah dan Jazlina Shahrul. Marilah kita runtukan tembok kebebalan dengan ilmu.
Disediakan,
Fatin Shahirah binti
Amanzuria
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.