SAKURA@KENYALANG 2020 – Majlis Penutupan




Selepas lapan hari berlalu, Festival Sakura@Kenyalang akhirnya telah melabuhkan tirainya pada 22 Februari 2020 iaitu pada hari Sabtu. Festival yang bertemakan “LOVE LIVE LIFE” ini merupakan event kolej yang pertama pada tahun 2020 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sakura Sesi 2019/2020.

Ketibaan tetamu VIP, Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UNIMAS, Professor Dr. Haji Kamarudin bin Kana diiringi tetamu-tetamu kehormat. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu UNIMASku Gemilang. Hadirin disajikan dengan tayangan montaj Festival Sakura@Kenyalang 2020 oleh Sakura Editorial Board yang merangkumi aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sepanjang festival ini sebagai pembuka tirai majlis penutupan.



Majlis diteruskan lagi dengan ucapan sepatah dua kata daripada saudari Nor Azren Syahira binti Nor Affri, Pengarah Festival Sakura@Kenyalang 2020 merangkap Presiden Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sakura Sesi 2019/2020. Acara kemuncak majlis – ucapan dan perasmian majlis penutupan Festival Sakura@Kenyalang daripada Professor Dr. Haji Kamarudin bin Kana. Dalam ucapan beliau, Professor Dr. Haji Kamarudin menyatakan bahawa beliau berasa amat bangga terhadap kolej Sakura kerana berjaya menganjurkan festival besar sebegini walaupun hanya terdiri daripada penghuni perempuan sahaja. Di samping itu, beliau juga menyatakan bahawa kolej-kolej di UNIMAS sangat aktif menganjurkan program berfaedah yang mampu melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mahir dan aktif dalam aktiviti selain daripada akademik. Proses dalam pengurusan program sebegini juga boleh membantu memberi pengalaman kepada penuntut UNIMAS ke arah alam pekerjaan. Tidak lupa juga, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat.


Seterusnya, barisan tetamu kehormat serta felo-felo kolej Sakura dijemput mengiringi Professor Dr. Haji Kamarudin untuk bersama-sama melancarkan gimik perasmian penutupan. Para hadirin boleh mengimbas QR Code yang tertera di replika gimik perasmian penutupan festival Sakura@Kenyalang yang merangkumi 20 subprogram yang telah berlangsung.


Setelah acara penutupan rasmi festival Sakura@Kenyalang 2020, acara yang paling dinanti-nantikan adalah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang festival Sakura@Kenyalang berlangsung. Acara dimulai dengan persembahan selingan aerodance daripada kumpulan LUNA CHICKS, Kelab Xpresso, Kolej Sakura bagi memeriahkan lagi majlis. Sebagai penghawa telinga, majlis diserikan lagi dengan persembahan selingan daripada kumpulan LAMPA-LAMPA iaitu pemenang Akustik Festival Kesenian Sakura. Acara penyampaian hadiah diakhiri dengan persembahan aktif dan hangat daripada FACTIONLESS JUNIOR, pemenang Modern Dance Festival Kesenian Sakura.




Akhir sekali, penyampaian cenderahati kepada Professor Dr. Haji Kamarudin bin Kana oleh Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa dan diiringi saudari Nor Azren Syahira binti Nor Affri dan sesi bergambar. Selesai majlis penutupan menandakan berakhirnya Festival Sakura@Kenyalang 2020.





Ingin saya selitkan di sini, saya mewakili Sakura Editorial Board ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan Majlis Tertinggi, Exco-Exco Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sakura, ketua-ketua unit dan para AJK S@K atas kerjasama yang mantap dalam persediaan, pengurusan dan pengendalian program yang bermakna ini. Terima kasih juga kepada rakan seperjuangan Kolej Sakura yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Festival Sakura@Kenyalang 2020 ini. Alhamdulillah majlis penutupan Festival Sakura@Kenyalang telah berjalan dengan lancar walaupun kita terpaksa menghadapi cabaran hari hujan lebat yang tidak berhenti dari pagi hingga ke petang yang menyebabkan kawasan pentas utama mengalami kesulitan untuk meneruskan majlis. Oleh hal yang demikian, pihak unit protokol terpaksa menukar lokasi majlis ke Dewan Pavilion, UNIMAS pada saat-saat akhir. Pada masa yang sama, kawasan Rumah Hantu Sakura juga telah mengalami kesulitan, terpaksa membatalkan Rumah Hantu akibat banjir. Terima kasih Sakura Warriors kerana bantu mengangkat peralatan dan barang ke Dewan Pavilion. Terima kasih Sakura Warriors kerana bantu selamatkan peralatan dan barang Rumah Hantu walaupun dalam keadaan berhujan. Terima kasih Unit Protokol kerana telah memastikan setiap majlis dan aktiviti S@K berjalan dengan lancar. Terima kasih Unit Media kerana telah bertanggungjawab mempromosikan festival S@K, mengambil gambar-gambar kenangan dan membuat liputan setiap majlis dan aktiviti S@K. Terima kasih Unit Jualan Tiket kerana telah bertungkus lumus melariskan jualan tiket pada setiap masa. Terima kasih Unit Aktiviti kerana telah banyak menyumbang tenaga, idea dan membantu ketua subprogram menjayakan aktiviti S@K. Terima kasih Unit Logistik kerana telah memastikan peralatan dan barang setiap majlis dan aktiviti S@K adalah mencukupi dan dalam keaadaan baik. Terima kasih Unit Teknikal kerana telah setia mengendalikan peralatan teknikal pada setiap masa dan menghiburkan orang ramai dengan lagu karaoke. Terima kasih Unit 3K kerana telah memberikan khidmat terbaik dalam keselamatan, kebersihan dan keceriaan sepanjang festival berlangsung. Terima kasih Unit Rumah Hantu kerana telah menyediakan servis rumah hantu yang terbaik sepanjang festival berlangsung. Terima kasih Unit Pendaftaran kerana telah bertanggungjawab mengendalikan pendaftaran peserta, penonton dan AJK pada setiap majlis dan aktiviti S@K. Terima kasih Unit Hadiah kerana telah bertungkus lumus menyediakan hamper dan cenderahati untuk festival ini. Terima kasih Unit Bazar kerana cekal melayani dan menguruskan peniaga bazar pada setiap masa. Sekian, Festival Sakura@Kenyalang 2020 melabuhkan tirai.

Berikut adalah senarai pemenang:

FOOD WAR
1st - ARIFA HAZIMAH BINTI MAULUD
2nd - MOHD ARIFFUDDIN BIN ABDUL HAMID
3rd - NURUL AIN NAFISAH BINTI MOHAMAD

GIANT SUDOKU
1st – KUMPULAN AVENGERS
2nd – KUMPULAN PINK
3rd - KUMPULAN AILEEN

EPIC TOURNAMENT: FIFA 2020
1st – MOHD LUQMAN SABINI (KEICHAI)
2nd – MUHAMMAD NUR AIMAN DANIEL (EDI)
3rd – STEVE MCATEER

EPIC TOURNAMENT: MOBILE LEGEND
1st - TEAM JAHOKV2
2nd - KCB ESPORT
3rd - SYTH CRIMSON

FESTIVAL KESENIAN SAKURA: TARIAN TRADISIONAL
1st - KOLEJ ALLAMANDA
2nd - KOLEJ BUNGA RAYA
3rd - KOLEJ CEMPAKA

FESTIVAL KESENIAN SAKURA:  DIKIR BARAT
1st - PUTERI GEMERSIK DARI KOLEJ BUNGA RAYA

FESTIVAL KESENIAN SAKURA: AKUSTIK
1st - LAMPA-LAMPA DARI KOLEJ BUNGA RAYA
2nd - SI NUIL-NUIL 2.0 DARI KOLEJ ALLAMANDA
3rd - THE IMPERIUM DARI KOLEJ BUNGA RAYA

FESTIVAL KESENIAN SAKURA: KOIR
1st - LE’ VITAS DARI KOLEJ ALLAMANDA
2nd - KOLEJ BUNGA RAYA
3rd - DIVA HARMONY DARI KOLEJ CEMPAKA

FESTIVAL KESENIAN SAKURA: MODERN DANCE
1st - FACTIONLESS JUNIOR DARI KOLEJ BUNGA RAYA
2nd - ECCENTRIC GALAXY DARI KOLEJ DAHLIA
3rd - V-NYX DARI KOLEJ ALLAMANDA

FESTIVAL KESENIAN SAKURA: AERODANCE
1st - EXIST DARI KOLEJ CEMPAKA
2nd - TAZ AERODANCE DARI KOLEJ TUN AHMAD ZAIDI
3rd - LUNA CHICKS DARI KOLEJ SAKURA


Disediakan oleh Ayunazira Mohamad Johari
Jurugambar: Nur Atikah

SAKURA@KENYALANG 2020 - Bual Santai Bersama Hazeman Huzir



17 Februari 2020, Isnin - Kolej Sakura telah menjemput Hazeman Huzir bagi memberi talk berkaitan tema Festival Sakura@Kenyalang 2020 iaitu LOVE, LIVE, LIFE. Hazeman Huzir dahulunya merupakan pengacara rancangan Motif Viral iaitu sebuah rancangan hiburan terbitan Astro yang membincangkan mengenai topik atau video yang sedang tular di dunia maya. Kini, beliau merupakan Content Creator dan Youtuber.


Dalam acara bual santai ini, Hazeman Huzir yang mesra dikenali sebagai Haze mengambil peluang untuk mempromosikan seminar anjuran beliau sendiri. Uniknya, beliau membuat pengumuman dalam bahasa Sarawak.


Okay kamek ada special announcement untuk kitak semua dekat sitok. Kamek akan molah seminar dekat sitok hujung bulan duak tok kelak, 29hb. Ada duak seminar, sigek seminar public speaking dan another one is seminar Youtube. Jarang kamek nak  molah seminar kedak tok especially kat Sarawak, so jangan lepaskan peluang tok. Rami-rami kita sama-sama belajar. Selagik kmk ada ilmu tok, kamek kongsikan semoga ada manfaat utk kita semua.”


Berikut merupakan 4 unsur yakin yang diterangkan oleh Haze yang dapat membantu dalam penyampaian hujah dan motto kehidupan:
1. Kamalul Yaqin - Keyakinan, conviction.
2. Haqqul Yaqin - Keyakinan yang hak, yakni keyakinan yang sesungguhnya dan tidak boleh lagi dipertikaikan, diragui dan diperselisihkan. Suatu perbuatan.
3. 'Ainul Yaqin - Keyakinan yang diperlihatkan, eyesight.
4. 'Ilmul Yaqin – Penjelasan, points, cara deliver ayat.


Berikut adalah antara soalan yang diajukan oleh pelajar kepada Haze:

How do you handle your negative thoughts and how do you cope with your feelings when things became very overwhelming for you?

Haze: Things do get overwhelming sometimes for me but I know that everything that I’m doing right now are tiny steps to achieving my goals. Everything that you’re facing right now are the choices you made for yourself.  Nak tak nak, mahu tidak mahu, best atau tidak best, hidup perlu diteruskan. Itulah tetapan hidup menjadi seorang manusia. Sepanjang meneruskan hidup, kita sering berhadapan dengan pilihan. Terkadang kita sendiri tidak pasti akan pilihan yang kita tentukan. Selalunya ia akan berakhir dengan kegusaran. Kehidupan kita sekarang adalah pilihan kita sendiri. Awak masuk UNIMAS, itu pilihan awak. Awak ambil course ini, itu pilihan awak. Awak bangun pagi untuk ke kelas, itu pilihan awak. Kehidupan ini kita tidak perlu pun untuk menyalahkan sesiapa because everything is your choice. Awak nak mandi, awak nak makan, awak nak tengok wayang, awak nak study, itu pilihan awak. Ingat balik tujuan kita dalam sesuatu perkara. Apa tujuan masuk UNIMAS in the first place but why now rasa nak putus asa, semua rasa susah, tak boleh nak teruskan. Ingat balik bahawa semua terjadi sebelumnya adalah pilihan kita sendiri. It can feel all-consuming when you're feeling emotional overload. It includes being absolutely overwhelmed by an intense and unruly emotion that something is too difficult to handle and resolve for many people who face this feeling at some point in their lives. Enjoy your life the fullest! Istikarah. Buat pilihan. Redha dengan pilihan. Senyumlah. Terus melangkah dengan gagah.


Selepas tamat bual santai, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati oleh Pengetua Kolej Sakura Cik Siti Nur Ain Binti Haji Musa dan diiringi oleh pengarah subprogram, Nur Syasya Qashrina Binti Harun. Selepas sesi fotografi, ramai pelajar perempuan berpusu-pusu ingin menangkap gambar selfie bersama Haze.


Tidak ketinggalan juga, kelihatan peminat lelaki turut bersama-sama mengambil kesempatan untuk bergambar dengan beliau. Peminat lelaki tersebut disapa oleh Haze dan meminta mereka untuk menemani beliau ke Rumah Hantu Sakura. Selepas menempuh suasana di Rumah Hantu Sakura, Haze dijemput untuk menjamu selera bersama pengetua kolej, felo dan pengarah subprogram.


Akhir sekali, jangan lupa subscribe Youtube channel Haze. Terima kasih atas kata-kata semangat, nasihat dan lawak jenaka Haze. InshaAllah kita berjumpa lagi.




Disediakan oleh Ayunazira Mohamad Johari
Jurugambar: Nur Atikah

SAKURA@KENYALANG 2020 - Festival Kesenian Sakura (Akustik & Koir)


Buai laju-laju buai sampai pokok sena
Bayar hutang itu takut nanti kau merana
Memanda Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah 'ku taboh kau pon tak apa
Rampo ngiseng semar tilem
Rampo ngiseng semar tilem

Begitulah dendangan nyanyian akustik daripada kumpulan Phoenix yang merupakan wakil dari kolej Sakura sebagai pembuka tirai Pertandingan Akustik dan Koir Festival Kesenian Sakura sempena Sakura@Kenyalang 2020 yang berlangsung pada 19 Februari 2020. Pada kali ini Festival Kesenian Sakura bertemakan Embrace Your Culture telah menyaksikan sebanyak 6 kumpulan akustik dan 5 kumpulan koir daripada Kolej Allamanda, Kolej Cempaka, Kolej Bunga Raya, Kolej Tun Ahmad Zaidi dan tidak ketinggalan juga, kolej tuan rumah iaitu Kolej Sakura.


Antara juri jemputan pada malam tersebut ialah Sir Deedat yang merupakan penasihat unit koir Badan Budaya UNIMAS (BAYU), En. Franklin, komposer muda di Kaban Music Production dan Cik Nurhamimah Binti Bohan, seorang artis budaya untuk vokal.

Akustik:
1.    Phoenix dari Kolej Sakura


2.    Cempaka Goosebumber Squad dari Kolej Cempaka


Puteri Santubong puteri sejenjang
Penjaga gunung negeri Sarawak
Manis sik ada dapat dilawan
Anak dak dewa turun kayangan
Satu hari nya duak kelayi
Beranok-anok sik renti-renti
Sorang madah dirik bagus agik
Sorang sik ngalah sampei ke mati

3.    Lampa-Lampa dari Kolej Bunga Raya


Sumandak Kinabalu
Tikid tadau mongoi karaja
Kadi mininsunud doho
Apandai ko do cari makan
Hai kosumandakan tokou
Isai au poh nasanganu
Kada pikoboyo do bujang palsu
Hai kosumandakan tokou
Isai au poh nasanganu
Rongoho noh nasihat molohing nu

4.    Si Nuil Nuil 2.0 dari Kolej Allamanda


Bermohon sembah sembah berhajat
Hajat berasal kayangan puri
Tuan puteri imbas berempat
Turun bermalam serata negeri
Satu rumpun bersatulah kata
Dua hati berpadulah jiwa
Tiga temu setia memangku
Empat pula sudah bersimpul satu

5.    The Imperium dari Kolej Bunga Raya


Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apalagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta
Aku lepaskan kau
sama orang lain

6.    Avataz dari Kolej Tun Ahmad Zaidi


Ayo mama, jangan mama marah beta
dia cuma, dia cuma cium beta.
Ayo mama, jangan mama marah beta
lah orang muda punya biasa

Koir:
1.    Diva Harmony dari Kolej Cempaka


Teringat ku di masa lalu
Bersenda di taman yang indah
Sungguh riangnya di hatiku
Kerna kini kita berjaya
Cintaku tercapai
Punyai kebebasan
Dan dikau berjaya telah berjaya
Sinaran... mentari menyinari
Menusuk ke jiwaku
Ketika bersamamu
sinaran. mentari pun menyinar
Pabila dikau pulang bersama ku semula

2.    Le’Vitas dari Kolej Allamanda


We will, we will rock you
We will, we will rock you
Buddy, you're a young man, hard man
Shouting in the street, gonna take on the world someday
You got blood on your face, you big disgrace
Waving your banner all over the place

3.    Avataz Choir dari Kolej Tun Ahmad Zaidi


Let's Marvin Gaye and get it on
You got the healing that I want
Just like they say it in the song
Until the dawn, let's Marvin Gaye and get it on
We got this king size to ourselves
Don't have to share with no one else
Don't keep your secrets to yourself
It's Kama Sutra show and tell (yeah)

4.    BRC dari Kolej Bunga Raya


Remember me, though I have to travel far
Remember me each time you hear a sad guitar
Know that I'm with you, the only way that I can be
Until you're in my arms again
Remember me, remember me, oh
Remember me, remember me
  
5.    Unicorn Angel dari Kolej Sakura


'Cause I'm gonna stand by you
Even if we're breaking down, we can find a way to break through
Even if we can't find heaven, I'll walk through hell with you
Love, you're not alone, 'cause I'm gonna stand by you
Even if we can't find heaven, I'm gonna stand by you
Even if we can't find heaven, I'll walk through hell with you
Love, you're not alone, 'cause I'm gonna stand by you




Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para juri oleh Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nur Ain Binti Haji Musa diiringi oleh pengarah subprogram, Angela Evelyn Anak Isoa.




Penyampaian hadiah kepada para pemenang dilaksanakan pada malam penutupan Sakura@Kenyalang 2020. Berikut adalah senarai pemenang Festival Kesenian Sakura bagi kategori Akustik dan Koir:

Akustik:
Tempat pertama: LAMPA-LAMPA dari Kolej Bunga Raya
Tempat kedua: SI NUIL-NUIL 2.0 dari Kolej Allamanda
Tempat ketiga: THE IMPERIUM dari Kolej Bunga Raya

Koir:
Tempat pertama: LE’ VITAS dari Kolej Allamanda
Tempat kedua: BRC dari Kolej Bunga Raya
Tempat ketiga: DIVA HARMONY dari Kolej Cempaka




Disediakan oleh Ayunazira Mohamad Johari
Jurufoto: Afza Naqibah