EXPLORACE: SURI RUMAH


Seawal jam 7.30 pagi para pesrta telah pun memenuhi ruangan dihadapan minimart bagi sesi pendaftaran. Sebanyak sepuluh kumpulan yang terdiri daripada lima orang ahli telah menyertai pertandingan explorace yang bertemakan suri rumah ini. Setiap ahli perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM 5. Setelah sesi pendaftaran, para peserta diberi taklimat ringkas oleh ahli jawatankuasa yang bertugas.

 

Check point pertama iaitu 'Ini ikan kita potong'. Peserta dikehendaki memotong ikan menggunakan gunting. Setiap kumpulan diberikan sebanyak lima ekor ikan dan perlu membersihkannya serta memotong ikan tersebut dalam masa lima minit. Peserta perlu memotong ikan mengikut contoh gambar yang disediakan. Syarat pemarkahan ialah peserta perlu membasuh ikan dengan bersih, ukuran ekor ikan mestilah kurang ataupun 1cm, tempat memotong ikan mestilah kemas dan bersih serta tugasan disiapkan dalam masa lima minit. Sebelum bergerak ke check point seterusnya, para peserta perlu menjawab tiga soalan sifit denagn pantas dan tepat.


Check point kedua iaitu 'Jom potong'. Peserta dikehendaki memotong cili kering, dua labu bawang besar, dua biji cili merah, dan tiga biji telur rebus dalam masa lima minit juga. Syarat pertandingan adalah kulit putih telur mestilah licin dan tidak pecah, saiz ketebalan bawang besar adalah seragam serta tempat potongan bersih tanpa sebarang sisa.


Check point seterusnya ialah 'Eh, baju!'. Peserta dikehendaki melipat sebanyak sepuluh helai pakaian dalam masa satu minit. Pesrta perlu melipat pakaian tersebut mengikut saiz yang telah ditetapkan iaitu lebar 21cm dan panjang 30cm (saiz A4). Peserta akan dikenakan penalti iaitu melipat sehingga menepati ukuran lipatan yang ditetapkan. Sebelum ke check point seterusnya, setiap kumpulan perlu menyanyikan mana-mana tiga cheers Sakura sewaktu Minggu Aluan Pelajar (MAP) pada semester satu dahulu dengan penuh bersemangat.


Check point keempat adalah 'Apa ni?' dimana peserta dikehandaki meneka lima nama bahan memasak dengan betul mengikut bahan yang ditunjukkan oleh ahli jawatankuasa yang bertugas. Bahan-bahan ini diletakkan didalam plastik hitam dan peserta perlu menekanya berdasarkan bau sahaja. Antara nama bahannya ialah biji pelaga, jintan manis, bunga lawang, kembang semangkuk serta kulit kayu manis.


Check point terakhir adalah 'Timun oh timun' dimana peserta akan diberikan timun dan perlu memotongnya mengikut saiz yang seragam. Syaratnya adalah potongan timur yang seragam, kemas, cantik(timun tidak lunyai) dan kebersihan tempat dijaga.


Setelah tamat kelima-lima check point ini, maka tamatlah acara explorace yang bertemakan suri rumah ini. Keputusan pemenang diumumkan semasa malam penutup Konvensyen Wanita Anggun. Pemenang explorace ini adalah :
Tempat pertama: Bakal Isteri Awak
Tempat kedua: ABC
Tempat ketiga: Super




Di sediakan oleh,
Nor Afikah Mazlan.





No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.