Dewan Kristal: Sesungguhnya
wanita dan kecantikan tidak akan pernah berpisah. Naluri seorang perempuan itu
semestinya mendorong untuk seseorang wanita itu ingin sentiasa kelihatan cantik
dan menarik di hadapan umum.
Kali ini Konvensyen Wanita Anggun menampilkan Mary Kay Cosmetics
bersama dengan program yang dianjurkan oleh Kolej Sakura untuk kedua kalinya.
Ternyata sambutan yang diterima oleh warga Kolej Sakura sangat menggalakkan.
Semua peserta yang hadir pada program Bengkel Kecantikan tersebut
dibahagikan kepada beberapa kumpulan di meja yang berasingan. Setiap meja
peserta disertai oleh seorang wakil dari syarikat Mary Kay Cosmetics. Peserta
diajar untuk memakai ‘mask’, cara membasuh muka dengan betul, cara
memakai pelembap muka dan banyak lagi. Ternyata setiap ilmu yang diturunkan
oleh pakar kecantikan itu digarap dengan tekun oleh semua peserta yang hadir.
Program diteruskan dengan majlis penutupan Konvensyen Wanita Anggun
untuk sesi ini. Majlis dihadiri oleh Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain
binti Musa bersama kedua-dua Felo Kolej Sakura, Puan Noor Aliah binti Abdul
Majid dan Cik Noorfarida binti Saini.
Program penutupan diserikan lagi dengan dendangan tim akustik Kolej
Sakura dan persembahan tarian moden dari pasukan tarian dari Kelab Expresso.
Dengan berakhirnya majlis penutupan itu, maka berakhirlah program
Konvensyen Wanita Anggun yang telah dijalankan selama 2 hari itu. Bermula dari
21 Mei 2016 sehingga 22 Mei 2016. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan
sepanjang Konvensyen Wanita Anggun tersebut termasuklah Zumba, demonstrasi
Taekwondo, ceramah, pameran, bengkel kecantikan dan banyak lagi.
Oleh: Marjana Darus
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.