Chinese Knot Workshop


Kolej Sakura: Pada petang 8 Mei 2016, berlansung satu bengkel “Chinese Knot Workshop” yang bertempat di Bilik Seminar, Kolej Sakura. Program yang dianjurkan oleh Kelab Keusahawanan Kolej Sakura sesi 2015/2016 ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari seni ikatan turun temurun dari masyarakat Cina.


Menurut penganjur program, seni ikatan ini telah lama dipraktikkan oleh masyarkat Cina namun telah semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Dengan adanya bengkel seperti ini, diharap lebih ramai lagi generasi kini yang mengenali dan meneruskan legasi masyarakat terdahulu.


Semua peserta yang hadir dibahagikan kepada 4-5 orang dalam sesebuah kumpulan. Kumpulan tersebut akan diketuai oleh ahli jawatankuasa program sekaligus menjadi tenaga pengajar kepada peserta dalam kumpulan tersebut.


Pelbagai warna tali yang menarik diberikan kepada para peserta untuk mencuba sendiri seni ikatan ini. Semua peserta bebas menghasilkan karya ikatan mengikut citarasa dan kretiviti tersendiri.


Melalui bengkel ini, dapat dilihat kesungguhan dan kreativiti warga Kolej Sakura selain mengisi masa lapang di kala berhujung minggu tanpa kuliah.



Syabas diucapkan kepada Kelab Keusahawan Kolej Sakura atas penganjuran program seperti ini. 

By: Marjana Darus

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.