FORUM: ISTERI SOLEHAH VS ANAK SOLEHAH

Isteri cerdik yang solehah, 
Penyejuk mata, 
Penawar hati, 
Penajam fikiran,
Di rumah dia isteri,
Di jalanan kawan,
Di waktu kita buntu dia penunjuk jalan.


Setiap wanita pastinya mahu menjadi anak solehah dan apabila sudah berkahwin, sudah tentu ingin menjadi isteri solehah. Namun, berapa ramai diantara kita yang berusaha untuk menjadi anak solehah ? Oleh yang demikian, Jawatankuasa Surau Sakura(JASSA) telah menganjurkan forum yang bertajuk Isteri solehah vs anak solehah bagi mengupas dengan lebih mendalam mengenai bagaimana ingin menjadi anak mahupun isteri solehah. 


Panel jemputan bagi forum kali ini ialah Ustazah Hanisah bt Haji Nahrawi, Ketua Unit Nasihat dan perunding cara Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) serta panel kedua Cik Siti Aliza bt Ajis Tumi, kaunselor Taman Sri Puteri, Kuching. Merupakan alumni UNIMAS.

Bagi pusingan pertama, saudari moderator telah menanyakan apakah definisi Isteri dan Anak Solehah. Jawapan mudah dari ustazah Hanisah, untuk menjadi solehah bagi seorang wanita, dia hanya perlu menjaga hubungan baik dengan Allah serta manusia. Ustazah juga ada menyatakan mengenai tiga amalan yang tidak terputus hubungannya selepas kematian adalah pertamanya, Ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah serta doa anak soleh.

Jika seorang isteri itu menjaga solat, menjaga puasanya, menjaga maruah dirinya serta taat pada suami. Si isteri ini boleh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dusukainya. Hal ini kerana redha Allah terletak pada redha suami (bagi isteri). Bagi anak pula, redha Allah terletak pada sedha ibunya. Oleh itu anak-anak perlu taat akan ibunya selagi tidak bertentangan dengan syariat islam.

Cik Siti Nur Azliza ada menyatakan cabaran-cabaran dalam mendidik anak. Antara tiga cabaran utama adalah media sosial, peredaran zaman serta pergaulan. Sebelum menamatkan forum ini, Ustazah Hanisah juga berkongsi sedikit persediaan sebelum perkahwinan. Pertamanya lakukanlah solat sunat istikharah walaupun masih tiada calon. Seterusnya berdoa. Doa merupakan senjata mukmin. Selain itu, boleh juga minta ibu mendoakan kita jodoh yang baik kerana doa ibu tiada hijab.






"Cantiknya wanita terletak pada sifat malunya" - Ustazah Hanisah.  


Prepared by: Nor Afikah binti Mazlan



 

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.