Forum LGBT: Hak atau Rosak?


Dewan Seminar, Pusat Islam Tun Abang Salehuddin: Menampilkan barisan panel yang hebat terdiri daripada Tuan Norhaza, En Solhi Sharif dan Saudara Ikhwan Yahaya dalam sebuah program berbentuk forum yang bertajuk Forum LGBT: Hak atau Rosak yang berlansung pada 7 Mei 2016 yang lepas.


Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Sakura (JASSA) ini bertujuan untuk memberi penjelasan yang terperinci dan hujah yang kukuh untuk menyatakan bahawa gerakan LGBT adalah gerakan yang wajar ditentang oleh semua golongan masyarakat.


Bercakap mengenai hak asasi manusia, sesungguhnya keinginan untuk berpasangan songsang adalah tidak termasuk dalam hak asasi manusia. Keinginan untuk melalukan hubungan kelamin antara pasangan sesama jantina hanya didorong dengan nafsu semata-mata. Gerakan yang memperjuangkan golongan LGBT ini pula sesungguhnya mempunyai agenda yang tersendiri.


Berlainan pula dengan seseorang yang telah lahir dalam keadaan khunsa. Golongan khunsa merupakan golongan yang dilahirkan dengan alat kelamin yang tidak jelas. Dalam Islam, khunsa merujuk kepada seseorang yang dilahirkan secara semula jadi yang diragui jantinanya sama ada mempunyai dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki, tetapi batinnya perempuan atau sebaliknya. Hal ini perlu dirujuk pada doktor kerana berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Kejadian ini tidak sepatutnya menjadi asbab untuk seseorang berkelakuan sonsang dan mengalami masalah kecelaruan identiti.


Sebarang tindakan lepas tangan terhadap golongan LGBT dengan tujuan kononnya tidak mahu mendiskriminasi kumpulan songsang itu membawa maksud pengiktirafan kepada golongan tersebut. Sebaliknya, kumpulan yang mengamalkan seks songsang itu wajib diperangi dan dihukum kerana perlakuan LGBT adalah satu perkara yang dimurkai oleh Allah dan hukumannya amat berat di dunia dan akhirat. Sesungguhnya gerakan LGBT haruslah dibanteras sama sekali kerana pelakunya telah secara tidak lansung melawan norma kehidupan yang semula jadi.

Forum yang turut dihadiri oleh semua warga UNIMAS tersebut turut dihadiri oleh pelajar muslimin dan pelajar yang bukan dari kolej Sakura serta pelajar bukan Islam. Pelbagai soalan juga diutarakan bagi mendapatkan kepastian mengenai isu yang semakin hangat diperkatakan ini.

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya. ‘Mengapa kalian mengerjakan perbuatan fahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum kalian? ‘Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kalian (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kalian ini adalah kaum yang melampui batas” [Al-A’raf/7: 80-81]


Oleh: Marjana Darus


No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.