26/10/2016- Merupakan suatu tarikh terciptanya satu memori yang manis dalam ingatan warga sakura. Di mana, Program A Love To Remember anjuran Exco Kebajikan dan Kemudahan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Kota Samarahan. Pelajar sekolah tersebut menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Program yang berlansung selama 3 jam bermula pada pukul 1.30 petang sehingga 4.30 petang, telah membentuk diri warga sakura menjadi warga yang penyayang. Pelbagai aktiviti dan slot yang dijalankan sepanjang program ini berlansung. Antaranya, aktiviti Ice Breaking, di mana para pelajar dibahagikan kumpulan bersama beberapa orang facilitator. Pada masa yang sama, para facilitator memperkenalkan diri mereka menggunakan bahasa isyarat. Slot pertama dimulakan dengan tayangan video kepada pelajar, di mana video tersebut memberikan semangat kepada pelajar untuk terus berusaha.Seterusnya, aktiviti mewarna bersama facilitator. Aktiviti ini, dijalankan bagi mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan facilitator.
Slot kedua, dijalankan dengan aktiviti riadah. Aktiviti tersebut seperti Boling Klasik, yang mana para pelajar menggunakan bola untuk menumbangkan botol. Malahan aktiviti ini memupuk semangat kerjasama antara mereka. Aktiviti seterusnya, Catch The Fish, yang mana pelajar menggunakan joran yang disediakan untuk mengangkat botol sehingga ke garisan penamat.
Pelajar menggunakan bahasa isyarat |
Program diakhiri dengan Majlis Penutupan yang diadakan di dewan sekolah berkenaan. Para guru dan pelajar menggunakan bahasa isyarat ketika lagu kebangasaan lagu Negaraku dinyanyikan dalam majlis tersebut. Sebelum berakhir majlis tersebut, satu memorandum telah ditandatangani antara pengetua sekolah dan pengetua Kolej Sakura dijalankan.
Guru dan pelajar menggunakan bahasa isyarat ketika lagu kebangasaan lagu Negaraku dinyanyikan |
Memorandum ditandatangi oleh pengetua sekolah(kiri) dan pengetua Kolej Sakura(kanan) |
Disediakan oleh;
NURUL SYUHADA BTE MOHD SUKRI
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.