SHED THE CHEESE

Shed The Cheese kembali lagi pada 12 Oktober 2016 yang lalu anjuran Exco Sukan dan Rekreasi Jawatankuasa Perwakilan Kolej(JPK) Kolej Sakura. Program ini bertujuan untuk memastikan setiap pelajar mempunyai tubuh badan yang sihat serta dapat mengurangkan tekanan setelah seharian di dewan kuliah.
Program ini dimulakan dengan aktiviti 'warming up'. Kemudian semua pelajar berlari mengelilingi blok Sakura sebanyak 3 pusingan. Semua pelajar yang terlibat kelihatan begitu bersemangat berlari bagi mengekalkan stamina badan masing-masing.

Selesai berlari, pelajar dikehendaki masuk ke dalam bilik seminar untuk meneruskan aktiviti work-out. Seperti biasa setiap pelajar akan melakukan seat-up, push-up, squart, lompat bintang serta beberapa aktiviti. Setiap aktiviti ini dilakukan dalam kiraan 20 hingga 30. 
Program Shed the Cheese ini tamat pada jam 5.30 petang selepas aktiviti 'cooling-down'.


Disediakan oleh;
Nor Afikah Mazlan

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.