1 OKTOBER 2016 _
Satu latihan kebakaran telah diadakan di kawasan Kolej Kediaman Sakura baru-baru ini hasil kerjasama pihak Exco Disiplin dan Keselamatan dan anggota bomba daerah Kota Samarahan. Walaupun program ini bermula pada jam 2 pagi, namun semua penghuni Kolej Kediaman Sakura telah memberi komitmen yang baik untuk menjayakan program ini mengikut tentatif.
Hasil
kerjasama ini telah diadakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah dengan
dihadiri kira-kira 240 orang penghuni Kolej Kediaman Sakura.
Matlamat latihan kebakaran ini ialah untuk mendidik warga pelajar agar
mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku
kebakaran.
Tentatif program ini bermula dengan proses pengosongan blok pada jam 2 pagi dimana semua pelajar perlu bergegas keluar dari kediaman masing-masing setelah mendengar loceng kecemasan. Pelajar diarahkan untuk berkumpul di hadapan parkir Blok C. Setelah mendengar taklimat khas dari pegawai bomba, seterusnya slot demonstrasi menggunakan alat pemadam api.
Pegawai bomba juga turut menyatakan, sekiranya berlaku satu kebakaran dikawasan kampus atau ditempat-tempat awam, setiap induvidu yang berada dikawasan tersebut perlulah menghubungi bomba dan keselamatan dengan segera
serta menghebahkan kepada orang lain dengan memecahkan 'Fire Alarm' supaya
orang ramai dapat mengosongkan bangunan yang terlibat.
Sekiranya berlaku
kebakaran kecil yang mampu di padamkan sendiri dan orang disekeliling perlulah
memadamkannya segera dengan menggunakan alat pemadan kebakaran seperti ABC
Powder yang telah disediakan di setiap lokasi kampus.
Pihak Kolej Sakura mengharapkan agar program latihan ini mencapai segala objektif sebagaimana yang telah digariskan.
Disediakan oleh :
Fatin Shahirah AZ
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.