5 Oktober 2016- Program anjuran Exco Akademik dan Pembangunan Kerjaya telah diadakan pada 5 Oktober 2016 bermula pada 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Program ini bertempat di bilik seminar Kolej Sakura.
|
Para peserta mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. |
|
|
Para peserta diminta untuk mendaftarkan diri mereka di kaunter pendaftaran sebelum memasuki bilik seminar.Slot pertama yang didedahkan kepada peserta adalah mengenai "Citation and Referencing".
|
Puan Amee Joan mendedahkan cara "citing" dan "referencing". |
Dalam slot ini, peserta telah didedahkan kepada cara untuk membuat petikan(citation) dan rujukan(referencing) dalam penulisan laporan atau seumpama dengannya.Penceramah yang dijemput khas dalam program ini adalah Puan Amee Joan.Beliau memberikan penjelasan dalam cara "citing" dan "referencing".Tambahan, beliau juga menerangkan penggunaan gaya APA dalam sesuatu penulisan kerana ianya amat penting bagi membantu pelajar atau peserta dalam menghasilkan gaya penulisan yang menarik dan menepati format.
|
Para peserta memberikan sepenuh perhatian kepada sesi ceramah. |
Para peserta memberikan sepenuhnya perhatian mereka kepada sesi ceramah yang disampaikan. Perjalanan program berjalan lancar selama 2 jam di bilik seminar. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh pengarah program.
|
Penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh pengarah program. |
Disediakan oleh,
Nurul Syuhada binti Mohd Sukri.
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.