Ethnic Fashion Show

16 MEI 2014-Ni antara acara yang dinanti-nantikan oleh semua sebab dari sinilah semua dapat kenal pakaian tradisional etnik berbilang kaum kat Malaysia ni contohnya Melayu, Cina, India, Iban, Melanau, dan banyak lagi. Memang kalau nak list semua memang tak cukup 1 page la gamaknya sebab Malaysia ni antara negara yang banyak sangat etnik. EFS ni berlangsung kat Panggung Gemilang start pukul 8.30 malam sampailah pukul 11.30 malam. Ramai jugak yang datang memeriahkan sambil tu support kawan sendiri yang datang bertanding.



So nilah kesemua 11 peserta.Bukan dari Kolej Sakura je, tapi Kolej TAZ dan Kolej Cempaka pun turut hantar wakil untuk bertanding.





Taraa. Nilah 2 orang pengerusi majlis yang comel molek ni. Saudari Siti Rahimah dan Saudari Ayuni. Memang happening habis malam tu. Telatah pengerusi majlis comel-comel je.

















Ni antara peserta yang terlibat. Mereka dikehendaki untuk memperagakan pakaian tradisional etnik masing-masing serta kena jawab pertanyaan juri yang ditujukan khas kepada mereka. Semua sporting habis lah. Berani bersuara dan bersemangat. Keep it up guys!
















Suasana sepanjang EFS. Ramai yang datang memeriahkan.





2 orang juri jemputan khas untuk menilai peserta. Sangat menarik soalan-soalan yang ditanyakan kepada para peserta. 














Selain tu, ada beberapa persembahan khas oleh para pelajar. Antaranya nyanyian duet serta tarian tradisional.








Sedikit cenderahati diberikan kepada juri jemputan.











Kemudian majlis bersurai.


Oleh ; Nurul Syazwani Zulkifli
Jurugambar: Siti Zulaikha Zulkifli












PENUTUPAN MAJLIS HERITAGE WEEK


17 Mei- Heritage week yang merupakan acara tahunan kolej berakhir dengan majlis penutupan. Heritage week yang telah berlangsung dari 10-17 Mei berjalan dengan lancarnya daripada kerjasama semua pihak. Tetamu jemputan bagi majlis ini adalah Cik Siti Nor Ain Hj Musa, Pengetua Kolej Sakura, Pn. Hjh Noorma Ismail, felo kolej, barisan felo kolej, Prof Madya Dr Siti bt Ghazali sebagai wakil TNC, barisan MPP dan barisan JPK. Majlis penutupan ini telah berlangsung di Panggung Gemilang, Cempaka bersamaan hari Ahad pada pukul 8.30 malam.

Majlis penutupan telah bermula dengan persembahan daripada band akustik kolej Sakura sendiri iaitu, Sumandak yang telah mendapat hati semua penonton. Selepas itu, pengarah program bagi Heritage Week, saudari Shahidatulnuraisyah telah memberikan ucapan alu-aluan bahawa objektif program ini adalah untuk  mengembangkan bakat masing-masing bagi menyemai semangat kerjasama dalam kumpulan. Beliau juga menyimpulkan bahawa pertalian ukhwah dapat dipupuk dalam diri masing-masing untuk mengekalkan hubungan harmoni tanpa sebarang konflik melalui program yang berunsurkan tradisional pelbagai kaum.

 Pengetua kolej yang tidak kurang hebatnya juga  telah memberi ucapan dalam bahasa Jepun berjaya memukau semua hadirin majlis tersebut. Selepas itu, Prof Siti Raudzah bt Ghazali telah berucap bagi wakil Timbalan Naib Canselor, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman. Beliau juga telah merasmikan majlis penutupan Sakura Culture Week. Pelepasan lantern oleh VVIP telah berlangsung selepas ucapan beliau dan tayangan montaj Heritage Week oleh Kelab Sidang Redaksi telah disaksikan oleh semua hadirin majlis tersebut.

Seterusnya penyampaian hadiah bagi pemenang kategori-kategori tertentu telah berlangsung. Bagi pemenang karaoke saudara Celestine Ank Maju dari kolej Cempaka telah mendapat hadiahnya, pemenang band akustik adalah daripada kolej Sakura iaitu, Sumandak. Bagi kategori Love Sakurian pula, apartmen A3.3., B3.4., dan C1.2., telah memenangi anugerah potret keluarga paling popular.

Pemenang pantun pula adalah kumpulan Ros Kebaya dari kolej TAZ dan pemantun terbaik jatuh kepada saudari Wan Nabila Bt Abd Razak yang juga merupakan penghuni TAZ.  Juara bagi khat adalah saudara Abdul Zuhair b Abd Hassan, saudara Hafizuddin b Hayat dan saudara Mohd Asyraf merupakan naib johan dan pemenang ketiga bagi kategori tersebut. Manakala, saudari Tan Wen Shi telah memenangi anugerah pemenang kaligrafi.  Pemenang fashion show pula dimenangi oleh saudari Debra Joseph Anak Ajaw dan bagi kategori batik telah dimenangi oleh saudari Nor Salwa Bt Hamdan dan saudari Nurul Fitri Bt Mohamad.


Pada akhir penutupan majlis sekali lagi persembahan daripada kumpulan Sumandak dan Homars telah dipersembahkan. 

Oleh, Ng Chai Yin