This Is Us

~Salam Sayang Sakura~

Para peserta dan AJK pelaksana program This Is Us
Mesti ramai yang tertanya-tanya, apakah gerangannya program ni. Kalau nak tahu, This Is Us merupakan program yang berkonsepkan lakonan kerjaya anjuran Exco Akademik dan Kerjaya kolej. Program dijalankan pada 9 Mac yang lalu dengan tujuan mendedahkan beberapa skop kerjaya di alam pekerjaan melalui lakonan. 

 
Ucapan aluan dari pengarah program, Cik Syakirin
Sebanyak 10 kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut. Antara jenis pekerjaan yang dilakonkan oleh peserta ialah jurutera, pensyarah Matematik dan Bahasa Melayu, programmer, zoologist, doktor, jururawat, akauntan, saintis dan ahli perniagaan.

Cik Ain sedang memberi komen kepada peserta serta
ditemani pengarah program dan bendahari kolej
Pertandingan tersebut diadili oleh pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain binti Musa dan bendahari Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Sakura. Durasi pertandingan ialah selama 10 hingga 15 minit dan loceng akan dibunyikan pada 10 minit pertama serta pada minit yang ke 15.

Program diselitkan dengan persembahan parodi yang disampaikan oleh para peserta. Bagi memberi peluang kepada juri untuk pengiraan markah,  ahli kelab Expresso telah menyampaikan persembahan akustik bagi menghiburkan penonton dan peserta yang hadir.

Persembahan parodi dari para peserta
Johan bagi pertandingan ini ialah pasukan Doktor, manakala tempat kedua pasukan Zoologist dan tempat ketiga ialah pensyarah Matematik. Hadiah saguhati juga diberikan kepada semua peserta lain dan disampaikan oleh pengetua kolej. 


Cik Ain menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan, Kumpulan Doktor
Diharap program seperti ini dapat dijalankan lagi bagi mendedahkan pelajar tentang maklumat mengenai bidang-bidang tugas bagi sesuatu kerjaya. Mari kita lihat gelagat peserta sepanjang program This Is Us dijalankan. 
















































Walau apapun, tahniah kami ucapkan kepada semua peserta kerana telah menjayakan program ini. Sakura is the best!!


Laporan asal disediakan oleh:
Nur Amaliena Binti Ahmad, Sidang Redaksi Kolej Sakura