Konsert Gegaran Espresso


Konsert Gegaran Espresso

Espresso Kawaii!!

Pada 8 Mac 2013 yang lepas, Exco Kesenian dan Kebudayaan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Sakura telah menganjurkan satu konsert yang disertai oleh ahli kelab Espresso Kolej Sakura. Program ini bertujuan mengasah bakat ahli kelab di samping berhibur. Selain itu, bakat-bakat baru dapat ditonjolkan melalui aktiviti ini. Konsert ini juga diadakan bagi menampilkan ahli-ahli kelab kepada warga Kolej Sakura. 

Antara persembahan yang diadakan ialah nyanyian koir bagi lagu, band akustik, dan persembahan drama. Persembahan yang mengabungkan tarian dari pelbagai kaum dan budaya telah diadakan sebagai pembukaan program diikuti persembahan medley secara akustik dan persembahan drama yang dipersembahkan oleh Team Drama Sakura.



Tarian Melayu
Tarian Etnik Sarawak
Tarian India
Tarian Finale, gabungan tarian dari pelbagai etnik dan kaum
Persembahan Medley
Persembahan dari Team Drama Sakura yang bertajuk Dulu, Kini dan Selamanya

Seramai 200 penonton terawal telah diberikan nombor bagi cabutan bertuah. Hadiah telah disampaikan oleh Cik Siti Nur Ain bt Musa dan Puan Hajjah Noorma Ismail. Majlis diakhiri dengan persembahan koir yang menyanyikan dua buah lagu iaitu You raise me up dan Basikal tua.


Penyampaian hadiah cabutan bertuah 
Persembahan Koir Espresso

Lagi gambar-gambar yang menarik sepanjang Konsert Gegaran Espresso berlangsung. Overall, majlis mendapat sambutan dikalangan pelajar terutama sekali persembahan daripada Abang Osman kita =)




















Thank you for reading this blog =D


Laporan asal disediakan oleh :
Nur Amaliena Binti Ahmad, Sidang Redaksi Kolej Sakura

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.