MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SEKOLAH ANGKAT SIRI 5



18 Mei-  Program Sekolah Angkat yang telah dijalankan selama 6 minggu iaitu daripada 5 April sehingga ke 11 Mei telah mencapai penghujungnya. Dengan berinti patikan budaya aktiviti khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar UNIMAS terutamanya mahasiswi Sakura melalui perkongsian pengetahuan dengan berbakti kepada masyarakat setempat, PSA Siri 5 ini telah dijalankan dengan jayanya. 


Sempena majlis penutupan PSA Siri 5, Dekan PPP, Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Rusli Ahmad, Cik Ain, Pengetua Kolej Sakura, Dr Farah Akmal dan Pn. Hajah Noorma Ismail sebagai felo kolej Sakura, En. Ismail Ibrahim, guru besar SK Kampung  Baru disamping presiden kolej Sakura saudari Shahidatulnuraisyah, pengarah program Hanie Ruzana yang juga merupakan Ketua Exco Akademik, para fasilitator, barisan JPK Sakura dan murid-murid Sekolah Kampung Baru telah menghadiri majlis yang mulia ini. 


Majlis penutupan yang berlangsung di Parking Lot A di bawah khemah telah berjalan dengan lancarnya dengan keizinan cuaca yang baik.


Untuk memulakan majlis penutupan, saudara Abdul Malik Bin Jaafar telah memimpin bacaan doa. Pengarah program, saudari Hanie Ruzana telah menyampaikan sepatah dua kata dengan diteruskan oleh ucapan daripada pengetua kolej Sakura, iaitu Cik Siti Nor Ain bt Musa.


Dekan PPP, Dr Rusli juga telah dijemput untuk menyampaikan ucapan beliau dan beliau telah berpesan agar kemahiran insaniah harus dipupuk melalui program-program seumpama ini. Antara kemahiran insaniah yang telah disentuh oleh beliau adalah berkepimpinan, memberi bakti dengan berkhidmat kepada komuniti, berdaya usaha dan berinovasi dalam setiap perkara yang kita menerajui dan menanam nilai sukarelawanan dalam diri masing-masing. Dengan berakhirnya ucapan beliau, majlis penutupan PSA telah dirasmikan.
Selepas itu, tayangan montaj telah berlangsung yang telah disediakan oleh Kelab Sidang Redaksi Sakura. 

Majlis telah menyampaikan Anugerah Tokoh Pelajar Lelaki kepada adik Rafiq Khairin B Mohamad dan bagi kategori pelajar perempuan pula dimenangi oleh adik Alyana Batrisya Bt Berahim. Manakala, bagi Anugerah Pelajar Paling Aktif, hadiahnya telah dimenangi oleh saudara Mohamad Haikal Hakimie B Hasmad.



Dengan sesi bergambar para fasilitator dengan pihak sekolah SK Kampung Baru dan murid-muridnya perasmian majlis penutupan PSA Siri 5 pun telah berakhir. 

Oleh, Ng Chai Yin
Jurugambar, Nurasyikin Bt Hedeir

BAZAAR SISWA SAKURA






16 Mei- Bazaar Siswa Sakura yang telah berlangsung selama 3 hari bermula dari tarikh 14-16 Mei telah tamat dengan pertandingan karaoke dan band akustik. Lokasi bagi bazaar ini telah diambil tempat di Blok A. 



Pertandingan karaoke telah dimenangi oleh Calestine daripada kolej Cempaka. Manakala, band akustik telah dimenangi oleh Sumandak yang terdiri daripada kaum hawa. Persembahan band akustik telah mendapat sokongan dan galakan daripada ramai mahasiswa dan mahasiswi. Persembahan band akustik daripada Sumandak wakil kolej Sakura, Homars, band gabungan kolej Sakura, BRC dan Cempaka manakala kolej TAZ pula adalah Euphoria Echo dan All Boys Band wakil daripada kolej Cempaka telah mengambil bahagian. 





Juri-juri yang telah menilai persembahan bagi pertandingan karaoke dan band akustik adalah Thibaashini Gunasagaran, pengarah program, Nur Fadzlynniza Bt. Razah, Ketua Exco Keusahawanaan, Ras Aziela Bt. Redzuan Regunathan, Ketua Unit Korporat dan Komunikasi, Timbalan Presiden 1, Leni Marlinah Bt Tahtuang dan Ruzlim Salamat, Exco Kebudayaan BRC.



Selepas itu, Open Karaoke telah diadakan dengan bayaran sebanyak RM 1 kepada umum sekiranya mereka berhasrat untuk berkaraoke. Lokasi strategik telah menyumbang kepada profit untuk bazaar tersebut dengan sokongan daripada para peniaga yang sanggup menyewa tapak bazaar itu.


 Diharapkan lagi bahawa bazaar yang akan diadakan pada semester depan akan dapat dinaiktarafkan lagi kepada tahap yang sekali gus dapat menaikkan nama kolej Sakura dengan menjemput artis dan juga dengan penubuhan flash mob Bazaar untuk menarik perhatian mahasiswa dan mahasiswi UNIMAS.

Oleh, Ng Chai Yin
Jurugambar, Amanda Shia Kang Ping

HERITAGE WEEK- FILM SHOW





12 Mei 2014- Film show yang dimulakan pada jam 9 malam di bilik seminar telahpun berjalan dengan lancarnya. Program ini terdapat 90 orang peserta yang telah menyertainya. Wayang yang dilakon oleh Park Shin Hye yang bertajuk Miracles in Cell No. 7 mempunyai unsur komedi, sentimental dan suspens. Jalan ceritanya pun tidaklah membosankan dan para peserta terasa terhibur dengan jalan cerita tersebut. Terdapat para peserta yang telah menitiskan air matanya tatkala adegan-adegan tertentu yang telah menyaut hati hawa.


File mini yang menceritakan tentang Lee Yong Gu yang mempunyai mentaliti umur 6 tahun iaitu, sebaya unur anak perempuannya. Mereka telah menjalani kehidupan yang gembira sementara Yong Gu bekerja di sebuah pasar raya. Pada suatu hari, anak polis komisioner telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan yang pelik. Pada masa itu, Yong Gu telah menemuinya dan telah dijatuhi hukuman mati setelah difitnah. Dengan itu, Ye-sung telah dihantar ke sebuah institusi jagaan anak dan Yong Gu pula telah dihantar ke sebuah sel yang mempunyai kawalan sekuriti yang ketat. Dari situlah bermulanya plot yang sememangnya telah memenangi anugerah filem.


Film show yang diadakan sempena Heritage Week ini telah dikendalikan oleh saudari Mimin Masturina yang juga Exco Keselamatan dan Disiplin. Program ini bersifat santai dan para peserta juga telah digalakkan untuk membawa makanan, minuman dan bantal untuk menikmati wayang tersebut. 













Oleh, Ng Chai Yin  

1 FAMILY 1 SAKURA

3 MEI 2014-Sekali lagi Kolej Sakura berjaya anjurkan program ni di bawah Exco Pembangunan Sahsiah Kolej Sakura. Objektif program ni bukan saja eratkan silaturrahim sesama pelajar Kolej Sakura tapi antara pelajar dengan pengetua and felo jugak. Ni program luar UNIMAS iaitu di Pantai Pasir Pandak. Pukul 7 pagi semua berkumpul kat bustop FSTS and lepas tu bertolak ke sana.





Banyak aktiviti yang dijalankan. Yang paling common mesti ada `ice breaking`. 


Ni masa game `radio rosak`













Ni pulak time game `belon air`. Tengok lah macam-macam gaya pelajar, pengetua, felo masa main. Sangat bersemangat tau.







Yang ni bowling tapi guna botol plastik lah. Nampak tak tu semangat dan fokus semua time main.







Ni pun tak kurang hebatnya. Kena berjalan berpasangan sambil ikat kaki. Nampak macam senang tapi susah tau sebenarnya.





Ni lagi best. Nama game ni kotak beracun. Peserta kena pilih 1 tugasan rahsia daripada kotak tu lepastu kena buat lah apa yang dapat tu. Ada yang kena buat teka-teki. Ada jugak yang kena berlakon jadi pakar sakit jiwa.







Yang ni pulak setiap kumpulan perlu cipta bangunan Kolej Sakura guna pasir pantai tu. Ala-ala sand castle lah kiranya.











Nah ni acara paling best. Makan, makan, dan makan. Ni bbq beramai-ramai tau. Ada ayam,sosej panggang. Ada mihun goreng dan dadih jugak.







Pengetua Kolej Sakura, Cik Ain beri hadiah kepada pemenang. Dalam pukul 1.30 petang bertolak pulang ke UNIMAS semula.


Wartawan : Nurul Syazwani Zulkifli
Jurugambar : Allya Syahirah Abd Riff











Burn Your Calories

4 MEI 2014-Program ni dianjurkan oleh saudari Nur Nazifah binti Mohamad yang berunsur kesihatan and kecergasan fizikal. Objektifnya of course lah untuk terapkan kepekaan pelajar pasal kesihatan yang sekarang ni semua orang endah tak endah je kan. Selain tu, untuk semangat kerjasama dan persaingan sihat dalam kumpulan. So tahniah kepada saudari Nazifah sebab berjaya anjurkan program bermanfaat macam ni. Program start pukul 8 pagi and habis pukul 12.30 tengah hari.



Nilah semua yang telah menjayakan program ni. Tahniah untuk semua.


  
Program ni ada 3 sesi. First,senaman untuk panaskan badan and senamrobik. Lepas tu, perlumbaan setiap group ke 5 checkpoint and last sekali indoor aktiviti.



Ni time senaman pagi tu









Ni kat checkpoint 1. Luar FSTS. Peserta kena buat lompat bintang.







Ni checkpoint 2. Kena lari 2 round bulatan FIT start dari parkir tu.




Ni pulak checkpoint 3. Naik turun tangga kat depan DK CTF1.






Ni checkpoint second last. Nampak kan tu kena sit ups.






Ni dia checkpoint 5. Main `skipping rope`.








Ni aktiviti indoor. Ada macam-macam antaranya main `zus dan tang`                             
        


Before penyampaian hadiah, ni sedikit ucapan daripada pengrah program, Saudari Nazifah.









Muka-muka ceria bila dapat hadiah and depan kamera.





Before balik,ambil gambar dulu. Ni semua ajk pelaksana program Burn Your Calories. Lepastu majlis bersurai.



Wartawan : Nurul Syazwani Zulkifli
Jurugambar : Amanda Shia