NO MEANS NO

NO MEANS NO
disediakan oleh : Fatin Shahirah Binti Amanzuria

24 Nov 2018 – " No Means No " adalah tajuk bagi program dan penerangan gangguan seksual telah diadakan di DK1, CTF1.  Program ini dihadiri oleh pelajar-pelajar Kolej Sakura.  Penerangan diberikan oleh  DSP Jennifer Atok ( Pegawai Polis Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak ) ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan mengenai tindakan serta jenis-jenis gangguan seksual.


Jenis gangguan seksual :


     Bukan lisan
  • ·         Gerak isyarat yang menghina dan ekspresi muka yang bersifat seksual
  • ·         Menunjukkan bahan-bahan lucah

    Fizikal
  • ·         Sentuhan yang tidak sesuai, menepuk, mencium, meraba, mencubit
  • ·         Berdiri terlalu dekat
  • ·         Menggesel

   Lisan
  • ·         Ucapan menyakitkan hati atau berbau lucah
  • ·         Menatap dan menjerling secara tidak senonoh
  • ·         Mengajak untuk mengadakan hubungan intim dan keluar bersama
  • ·         Mengulangi ajakan untuk keluar dating
  • ·         Mengugut seseorang apabila gangguan seksual ditolak 

Apa yang anda boleh lakukan? Membuat laporan polis. Dari segi undang-undang tiada kesalahan yang jelas dalam gangguan seksual di Malaysia. Oleh itu, jika laporan polis dibuat, polis perlu merujuk  kepada undang-undang jenayah am (Kanun Keseksaan) untuk membuat keputusan kesalahan tertentu untuk mendakwa pelaku. Kes itu kemudian akan diperlakukan seperti mana-mana kes kesalahan seksual yang lain.

Sekali lagi, membuat laporan polis juga boleh menjadi alat yang berkesan. Selain daripada  siasatan polis dan tindakan di mahkamah, ia boleh menghantar mesej yang jelas kepada pelaku bahawa dia tidak akan terlepas kerana pihak polis membuat siasatan tentang perkara tersebut.
`
Disediakan oleh : Fatin Shahirah bt Amanzuria

Forum Ketagihan Pornografi


Forum Ketagihan Pornografi : Apakah Peranan Kita?
oleh : Fatin Shahirah binti Amanzuria


23 Nov 2018 – Mereka yang menonton pornografi akan mengalami kesan ketagihan yang sama kepada otak seperti mengambil dadah jenis kokain.

Jelas Khoiriyah Binti Cholil Purnomo (Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan), mereka yang melihat pornografi adalah untuk mendapatkan keseronokan, berbanding ketagihan dadah membawa kepada masalah kemurungan dan kes-kes bunuh diri.

Tambahnya, ketagihan pornografi mengheret pelakunya kepada kejadian rogol selain mencabul maruah wanita.

Saudara Zhafri sebagai moderator
Ada yang menonton pornografi ini tidak semestinya secara sengaja. Ada yang secara tidak sengaja apabila ‘pop up’ keluar secara tiba-tiba.

Beliau berkata demikian semasa Forum Ketagihan Pornografi  anjuran Kolej Sakura dengan kerjasama kelab Pembimbing Rakan Intelek Mahasiswa UNIMAS (PRIMU)  dan juga Kelab Harmoni di DK , CTF1 , Unimas.


Sementara itu, Dr Sadiah yang merupakan Doktor Perubatan & Aktivis Malaysians Against Pornography (MAP) berkata, pornografi menimbulkan perubahan tetap kepada bahan kimia neurotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan badan. Ini yang membuat orang-orang ketagih pornografi tidak dapat mengawal peri laku mereka.

         Kerosakan otak akibat ketagih pornografi adalah yang paling teruk, lebih teruk daripada ketagihan kokain (dadah).


Salurkan nafsu kepada orang yang berhak iaitu suami atau isteri dan binalah kebahagiaan bersama berpandukan pendekatan Islam.

Semoga rumah tangga yang didirikan mendapat “mawaddah warahmah” dan waris-waris umat Islam dijauhi daripada perkara merosakkan jiwa dan akidah.


Disediakan oleh : Fatin Shahirah Binti Amanzuria

Photographer : Fellyciana Sylvester


Maulidur Rasul


Maulidur Rasul : The Chosen One
disediakan oleh : Fatin Shahirah Binti Amanzuria


16 November 2018 - Bersempena dengan sambutan kkelahiran nabi Muhammad saw, satu ceramah maulidur rasul bertajuk `The Chosen One` telah berlangsung di DK, CTF1, UNIMAS. Panel jemputan ialah Wan Muhammad Mujahid Bin Wan Alwi dari Sarikei. Beliau merupakan penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Masjid, PITAS. Beliau telah melajutkan pengajian dalam Diploma Pengajian Islam dan Dakwah.

Forum anjuran JASSA ini berlangsung jam 8.00 malam dengan alunan asmaul husna dan bacaan doa. Hadir sama pada ceramah khas ini Pengetua Kolej Sakur, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa serta barisan felo Cik Noorfarida Binti Saini, Isp Raja Azizah dan pembantu felo kolej Cik Puteri Azira.


Pada ceramah tersebut, penceramah menekankan tentang sunnah-sunnah rasul yang ditinggalkan oleh kita semua. 80 orang pelajar yang hadir bagi memeriahkan ceramah ini.

Kelahiran Nabi saw sgt ditunggu oleh seluruh makhluk di dunia tp org yahudi nasaralah yg paling menunggu kelahiran Nabi saw. Sebab telah disampai oleh kitab mereka, akan lahir seorg nabi bernama Ahmad di Mekah.


Di Yathrib, dari madinah - mekah 450km. Org aus khazraj ada empangan maarij, bila empangan pecah dan kaum yahudi mencari tempat baru. Mereka menumpang di pinggir Yathrib; sebab mereka tau ttg tempat kelahiran Nabi saw dan terus pergi menetap di sana sbb pendita mereka kata bintang Ahmad yg dirujuk sebagai peristiwa kelahiran Nabi saw, mereka tunggu nabi, mereka penuh yakin.

Mentakzimkan @ memuliakan Rasulullah saw. Imam Malik tidak memakai sepatu bila berjln di bumi Madinah sebab jasad Nabi saw dimaqamkan di Madinah.


Sebelum tamat, panel dan moderator diberikan cenderahati oleh Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain binti Musa.



Oleh : Fatin Shahirah binti Amanzuria
Jurugambar : Nur Atikah Binti Abdul Malek