NO MEANS NO

NO MEANS NO
disediakan oleh : Fatin Shahirah Binti Amanzuria

24 Nov 2018 – " No Means No " adalah tajuk bagi program dan penerangan gangguan seksual telah diadakan di DK1, CTF1.  Program ini dihadiri oleh pelajar-pelajar Kolej Sakura.  Penerangan diberikan oleh  DSP Jennifer Atok ( Pegawai Polis Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak ) ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan mengenai tindakan serta jenis-jenis gangguan seksual.


Jenis gangguan seksual :


     Bukan lisan
  • ·         Gerak isyarat yang menghina dan ekspresi muka yang bersifat seksual
  • ·         Menunjukkan bahan-bahan lucah

    Fizikal
  • ·         Sentuhan yang tidak sesuai, menepuk, mencium, meraba, mencubit
  • ·         Berdiri terlalu dekat
  • ·         Menggesel

   Lisan
  • ·         Ucapan menyakitkan hati atau berbau lucah
  • ·         Menatap dan menjerling secara tidak senonoh
  • ·         Mengajak untuk mengadakan hubungan intim dan keluar bersama
  • ·         Mengulangi ajakan untuk keluar dating
  • ·         Mengugut seseorang apabila gangguan seksual ditolak 

Apa yang anda boleh lakukan? Membuat laporan polis. Dari segi undang-undang tiada kesalahan yang jelas dalam gangguan seksual di Malaysia. Oleh itu, jika laporan polis dibuat, polis perlu merujuk  kepada undang-undang jenayah am (Kanun Keseksaan) untuk membuat keputusan kesalahan tertentu untuk mendakwa pelaku. Kes itu kemudian akan diperlakukan seperti mana-mana kes kesalahan seksual yang lain.

Sekali lagi, membuat laporan polis juga boleh menjadi alat yang berkesan. Selain daripada  siasatan polis dan tindakan di mahkamah, ia boleh menghantar mesej yang jelas kepada pelaku bahawa dia tidak akan terlepas kerana pihak polis membuat siasatan tentang perkara tersebut.
`
Disediakan oleh : Fatin Shahirah bt Amanzuria

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.