ABOUT

Selamat datang ke Blogspot Rasmi Kolej Sakura.

Welcome to Sakura College Official Blogspot.


Kolej Sakura | Sakura College


Kolej Sakura dibuka pada 30 Disember 2005, Semester 2, Sesi 2005/2006. Kini, sebanyak 600 pelajar telah ditempatkan di Kolej Sakura. Uniknya kolej ini berbanding kolej-kolej lain di dalam Universiti Malaysia Sarawak adalah Kolej Sakura merupakan satunya-satunya kolej pelajar perempuan. Kolej ini mendapat gelaran 'Kolej Kecil yang Berjiwa Besar' kerana kesungguhan para puteri sakura yang bersemangat menaikkan nama kolej ke peringkat yang lebih tinggi.

Sakura College bas been officially opened on December 30, 2005 for the second Semester of 2005/2006 Session. It is now placing about 600 students. The unique part of this college among the other colleges in Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) is that - Sakura College is the only college that consists of only female students. It has been entitled as ' A Small College with a Big Heart' due to the struggles and perseverances that shown by Sakurians in other to bloom up Sakura College name.



Logo Kolej Sakura | Sakura College Logo
"KAWAII"



Sekapur Sirih

Assalamualaikum wth & Salam Sejahtera,

Mewakili UNIMAS, Kolej Sakura mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang telah dipilih menyambung pelajaran mereka di universiti ini. Sekalung tahniah juga buat ibu bapa kerana berjaya mendidik anak-anak hingga ke menara gading.

Warga Kolej Sakura amat mengalu-alukan kehadiran anak tuan/puan ke kolej ini. Semoga kehadiran anak tuan/puan ke sini akan memeriahkan lagi kehidupan dan suasana kolej. Dengan kemudahan yang tersedia, saya berharap para pelajar dapat memanfaatkannya demi menimba pengalaman baik dari segi kepimpinan, kemahiran kendiri, kebudayaan dan kesukanan. Diharapkan dengan hadirnya anak tuan/puan di Sakura, mereka akan lebih mengenali potensi diri masing-masing dan menjadi pelajar yang bermanfaat kepada universiti dan masyarakat.

Saya berharap hubungan yang lebih mesra dan toleransi dapat diwujudkan antara kolej, ibu bapa serta pelajar. Dengan berslogankan From House to Home, semoga anak tuan/puan dapat segera menyesuaikan diri dengan suasana baru di Kolej Sakura dan bersama berganding bahu bersama pihak kolej mewujudkan suasana harmoni di Kolej ini.

Akhir kata, saya sudahi dengan pesanan daripada YBhgia TNC (HEPA) UNIMAS, Prof. Mohd Fadzil kepada para pelajar 'Datang ke sini berbekal harapan, Pulang ke sana berbekal kejayaan".

Sekian, terima kasih

Siti Nor Ain Hj Musa
Pengetua Kolej Sakura



Carta Organisasi Kolej Sakura 2012/2013
Sakura College Organization Chart 2012/2013




Barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sakura Sesi 2013/2014
Sakura College JPK 2013/2014 Session




Barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sakura Sesi 2014/2015
Sakura College JPK 2014/2015 Session




Video Lagu "Tekad Sakura"
Video of Sakura College official song, "Tekad Sakura"