Road Tour MPP Kolej Sakura

                                                          - Salam Sakura Ku Sayang -

 Hi putri Sakura, entry kita pada kali ini adalah berkenaan program Road Tour MPP yang dijalankan oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS. Untuk makluman program ini telah berlangsung pada  23 Febuari 2015 dan berlangsung di bilik seminar Sakura.

U'olls tahu kah apa agenda sebenar pihak MPP jalankan program ini?...jeng jeng jeng!!! agendanya ialah... (waaa, saspen sedikit) h03...

O.K baiklah, untuk makluman agenda utama road tour ini diadakan adalah untuk memperkenalkan portfolio-portfolio yang dipegang oleh barisan exco-exco Majlis Perwakilan Pelajar. Selain itu, bertujuan untuk memberi penjelasan kepada mahasiswa-mahasiswi akan intipati pergerakan MPP bagi sesi 2014/2015.
           
Menurut saudara Syahmi Baha, YDP MPP UNIMAS, selain untuk memperkenalkan portfolio, tujuan mereka menjalankan road tour ini adalah untuk merakyatkan hubungan antara barisan MPP dan para mahasiswa-mahasiswi kerana program ini diadakan secara santai yang merupakan antara inisiatif yang diambil oleh pihak MPP bagi mendekatkan diri dengan mahasiswa.

Borang kaji selidik turut diedarkan kepada para mahasiswa untuk mengetahui respon daripada pelajar terhadapaspek kebajikan, kemudahan dan keselamatan UNIMAS....waaa, nampak tak betapa prihatinnya barisan MPP kita..heee (puji ckit).

Owhhh yah, sebelum terlupa jangan melepaskan peluang untuk menghadiri Persidangan Mahasiswa  yang julung-julung kali diadakan pada 12 Mac 2015 di Arena Gemilang  Detar Putra...set de time ok...

Bah3, nie saya belanja beberapa gambar yang diambil sepanjang program itu berlangsung..

                                               nie kita punya YDP, Saudara Syahmi Baha



                                         
   
Disediakan oleh : Nurlaylah Lai
Jurugambar : Amanda Shia