Cinta High Class




15 Mac 2019, Jumaat - Sebuah program "Cinta High Class" dijalankan oleh Jawatankuasa Surau Sakura Sesi 2018/2019 bertempat di Bilik Seminar, PITAS. "Cinta High Class" ialah cinta yang mendaulatkan Allah sebagai cinta agung. Program ini bertujuan untuk membuka minda mahasiswa tentang realiti masalah sosial yang sedang menular dalam generasi masa kini.

Kaunter pendaftaran QR Code


Kaunter pendaftaran peserta dan ahli jawatankuasa dibuka pada jam 7:30 petang sehingga 8:15 malam bertempat di luar Bilik Seminar, PITAS. Program bermula pada jam 9:00 malam setelah ketibaan penceramah jemputan, Ustaz Syed Mohd. Zahiruddin Bin Wan Yusof dengan bacaan Asma ul Husna diikuti dengan bacaan doa. Pengetua kolej, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa dan Felo Kolej, Cik Noorfarida Binti Saini juga turut hadir dalam program tersebut.

Bacaan Asma ul Husna

Terdapat dua slot semasa program tersebut berlangsung. Slot pertama di mana penceramah tersebut berkongsi tentang cabaran sosial yang dihadapi oleh para mahasiswa dan apakah tindakan yang patut diambil. Beliau juga berkongsi beberapa surah daripada al-Quran untuk dihadam para peserta yang hadir.

Sesi perkongsian oleh penceramah

Slot kedua merupakan sesi soal jawab bersama ustaz tersebut. Para peserta bertanya banyak soalan dan ustaz menjawab semuanya dengan lancar. Program tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Ustaz Syed Mohd. Zahiruddin Bin Wan Yusof dan seterusnya sesi bergambar peserta dengan penceramah.

Sesi bergambar



Disediakan oleh,
Claudia Charissa Anak Jagan