Simpulan Kasih


Kolej Sakura: Simpulan Kasih merupakan program gotong-royong yang melibatkan warga Sakura dalam usaha membersihkan kawasan kolej Sakura. Kesemua peserta yang telah berdaftar di atas talian telah dibahagikan mengikut tugas masing-masing termasuklah membersihkan longkang, mengangkat bongkah batu yang dilonggokkan di hadapan koperasi kolej, mengecat mural dan mengecat tangga.



Pendaftaran peserta dibuka seawal 7.30 pagi di perkarangan Parking Blok C. Disebabkan cuaca yang mendung dari pagi, aktiviti mengecat tangga ditangguhkan untuk program hari ini. Hal ini kerana, dikhuatiri hujan turun semasa aktiviti tersebut dijalankan.


Semua peserta bergerak bergotong-royong mengangkat bongkah batu dan membersihkan kawasan longkang sekitar kolej Sakura. Bongkah batu yang dilonggokkan di hadapan koperasi Sakura diangkat dan disusun dia kawasan berbukit di hadapan kolej. Dengan itu, bongkah batu tersebut dapat dijadikan aksesori kolej daripada hanya dibiarkan berlonggok di sesuatu tempat tanpa digunakan.


Beberapa pelajar yang terlibat dengan aktiviti melukis dan mewarna mural juga dapat dilihat sepanjang program Simpulan Kasih berlansung. Mural yang menggambarkan pemandangan pokok sakura dan gadis Jepun sangat menarik sesiapa sahaja yang memandangnya. Mutiara kata yang ditulis bersebelahan dengan lukisan tersebut juga sangat bermanfaat sebagai pedoman kepada para pelajar Kolej Sakura.

Aktiviti gotong-royong berakhir lebih awal dari yang dijangkakan. Para peserta pulang ke bilik masing-masing setelah mendaftar pulang.


Pada sebelah petang pula, aktiviti bergotong-royong mengecat kawasan tangga Blok C diteruskan oleh para AJK program. Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang terlibat dalam usaha menceriakan Kolej Sakura!



Disediakan oleh: Marjana Darus