Hari Sukaneka Sakura 2019


 

6 APRIL 2019, SATURDAY – Sakura Sports and Recreation Committee has organized another sports day for the residents of Sakura. The only game that was played is “Baling Selipar”, a traditional game where the players attack and defense with slippers. The defense’ team need to make four slippers stand, while avoiding being ousted by the attackers’ team. The attackers’ team need to attack the other team with slipper in order to get them out of the game.

Registration and refreshments distribution

The participants’ sign in session using QR Code started at 7.45 a.m until 8.00 a.m. Food and drinks were distributed after the registration. Briefing about the game took about 30 minutes, along with demonstration on how it was played. There were five teams competing and ten arranged matches on that day.

Game ongoing

The game started as soon as the briefing ended and went on until 10.00 a.m. while the marks were being calculated, the participants’ allowed to rest for an hour. At 11.00 a.m, the Kolej Sakura's Principal, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa along with the Kolej Sakura's Warden, Miss Noorfarida Binti Saini arrived at the location. After all the winners were announced and the prize-giving ceremony were held, the sports day ended with a photography session

Photography session

The winners are as follow :-

1st – Snowwomen

2nd – Wonder Women

3rd – Tong Legacy

4th – Laschicas

5th – Makan Manoi



"ALONE we can do so little; TOGETHER we can do so much."
-Helen Keller

By,
Claudia Charissa Anak Jagan

Isra’ Mikraj: The Night Journey



5 April 2019, Jumaat – Sebuah program kerohanian “Isra’ Mikraj: The Night Journey” telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Sakura Sesi 2018/2019 bertempat di Dewan Syarahan, PITAS. Isra’ Mikraj merupakan kisah pada malam Nabi Muhammad S.A.W menunggang Buraq selama 3/4 malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa berserta kejadian yang berlaku sepanjang perjalanan tersebut.

Objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah bagi memberi penghayatan tentang perjalanan Nabi Muhammad S.A.W yang berlaku dalam satu malam yang penuh bersejarah. Selain itu, memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W untuk berjumpa dengan Allah S.W.T tentang solat di samping, menggalakkan mahasiswa menghayati alam ciptaan Allah S.W.T.



Pendaftaran pelajar telah dibuka seawal pukul 7:30 petang sehingga 8:15 malam, bertempat di luar Dewan Syarahan, PITAS. Program dimulakan tepat jam 8:30 malam setelah ketibaan penceramah jemputan, Ustaz Sarbini Bin Dahlan dengan bacaan Asmaul Husna yang kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa. Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa berserta felo-felo Kolej Sakura, Cik Noorfarida binti Saini dan Cik Raja Norazizah binti Raja Harun turut hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Ceramah pada hari itu telah dimulakan dengan penceritaan latar belakang peristiwa Isra’ Mikraj yang merupakan tahun kesedihan bagi Nabi Muhammad S.A.W kerana meninggalnya dua orang terdekat baginda. Selain itu, penceramah turut memberikan takrif ataupun arti perkataan Isra’ dan Mikraj. Seterusnya penceramah telah menceritakan peristiwa perjalanan Nabi Muhammad di samping menyelitkan nilai-nilai moral yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan para pelajar.




Program tersebut telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Ustaz Sarbini Bin Dahlan oleh pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa dan juga sesi fotografi bersama peserta. Majlis kemudian bersurai pada jam 10:30 malam.

Disediakan oleh: Deveena Iyot Anak Adrian Betie

Photographer: Fellyciana Anak Sylvester