Bengkel Photoshop : A Picture Speaks 1000 Words




12 OKTOBER 2019, SABTU – Exco Publisiti dan Promosi Kolej Sakura telah menganjurkan program Bengkel Photoshop: A Picture Speaks 1000 Words yang bertempat di Bilik Seminar Kolej Sakura. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dengan lebih mendalam terhadap aplikasi Adobe Photoshop dan pada masa yang sama menjadi pentas pelajar untuk mengasah bakat terpendam dalam bidang rekaan grafik dan menonjolkan bakat kreatif masing-masing.
Program ini telah melibatkan seramai 30 orang pelajar Kolej Sakura. Para peserta mendaftar melalui QR code bermula dari 8.00 pagi hingga 8.30 pagi. Sarapan diagihkan selepas pendaftaran.


Penceramah jemputan, Mohamad Haizal Bin Zainal Arifin tiba di Bilik Seminar tepat pada pukul 8.40 pagi.  Beliau memulakan bengkel dengan pengenalan aplikasi rekaan grafik.


Adobe Photoshop, Illustrator dan Indesign adalah software yang sering digunakan pada masa kini kerana sanngat popular dengan fungsinya yang tersendiri. Penceramah mengajar para peserta cara membuat poster Kolej Sakura dengan dibantu oleh para fasilitator yang merupakan pereka grafik dari Sakura Editorial Board (SEB).




Seterusnya para peserta diberi masa 1 jam 15 minit untuk menghasilkan sijil penyertaan mengikut kreatiiti masing-masing.

Para peserta dibenarkan berehat selama 30 minit sementara menunggu penilaian sijil penyertaan terbaik. Pada pukul 1.30 petang, pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa tiba di Bilik Seminar. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dimulakan. Seterusnya penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan, Mohamad Haizal Bin Zainal Arifin oleh pengetua Kolej Sakura dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar.

Penceramah jemputan dan pengetua dijemput untuk makan tengah hari. Para peserta check out melalui QR code dan bersurai.

Pemenang rekaan sijil penyertaan terbaik adalah seperti berikut:
Tempat pertama: Nur Aisyah Binti Johari

Tempat kedua: Claudia Charissa Anak Jagan

Tempat ketiga: Nur Hamiezah Binti Asman


Disediakan oleh Ayunazira Binti Mohamad Johari
Photographer: Fellyciana Anak Sylvester