Hari Malaysia Ke-50

~~ Salam Sakura ~~

Pada Sabtu yang lepas, Kolej Sakura telah mengadakan Sambutan Hari Malaysia ke -50. Walaupun  sambutan sebenar adalah pada 16 September yang lepas, puteri sakura masih bersemangat untuk 
menyertai program ini. Go Girl!!



Sambutan dijalankan di CTF2, UNIMAS dan merupakan anjuran Exco Kebajikan dan Publisiti 
Kolej Sakura. Objektif utamanya adalah untuk melahirkan semangat rasa cinta pada negara serta 
mengeratkan lagi perpaduan dan silaturrahim pelajar. Antara yang hadir memeriahkan sambutan 
Hari Malaysia adalah pengetua kolej, Cik Siti Nur Ain dan felo kolej, Hjh Norma. Antara 
pengisian sambutan ialah tayangan montaj Hari Malaysia, tayangan filem Nasi Lemak 2.0 dan 
nyayian lagu patriotik. 










Disediakan oleh: 
Farhana Binti Muhammad Yusoff, Sidang Redaksi Kolej Sakura


Sakura Team Building

SALAM SAKURA

Barisan JPK Sakura dan AJK Program Sakura Team Building

Pada sabtu yang lalu, Kolej Sakura telah mengadakan program pertama kolej bagi sesi 2013/2014 iaitu Program Sakura Team Building. Program ni dijalankan kat bilik seminar dan merupakan program anjuran Exco Pembangunan dan Sahsiah kolej iaitu, Cik Amira kita. Tahniah buat pengarah program kita walaupun penyertaan agak kurang dari kalangan pelajar baru tetapi aktiviti masih berjalan dengan gempaknya. 

Untuk info semua, ini merupakan kali kedua program ini dijalankan dimana kali pertama dijalankan pada semester lepas. Ia merupakan program berbentuk latihan dalam kumpulan yang disertai 80 orang peserta. Objektif utama program pula adalah untuk merapatkan hubungan antara pelajar disamping dapat membina sifat kerjasama dalam kumpulan.

Sebanyak 8 permainan disediakan sepanjang program berlangsung iaitu, Rantaian Nama, Aku Dia dan Kamu, Angin Bertiup, Tounge Twister, Spread That Thing, Thinker Time, Catch and Run dan Odd or Even.


Tounge Twister
      
Tounge Twister dalam berkumpulan

Aktiviti Aku Dia dan Kamu

Mc gelak bila peserta Tounge Twister mencuba nasib. Berbelit lidah

Antara peserta Sakura Team Building

Peserta sedang khusyuk menyepit kertas duna chopstick. Susah....

Bersungguh untuk meneka peribahasa 

Antara First Impression peserta dalam aktiviti ini. 'Comel dan Peramah'

Ada gaya

Peserta bersama lukisan yang menggambarkan diri diorang

Berebut nak tulis pasal first impression orang



Laporan oleh: 
Farhana Binti Muhammad Yusoff, Sidang Redaksi Kolej Sakura

KELAB KEUSAHAWANAN KOLEJ SAKURA

TEMUDUGA TERBUKA UNTUK MENJADI AHLI BARU KELAB KEUSAHAWANAN KOLEJ SAKURA BAGI SESI 2013/2014

Butir-butir temuduga adalah seperti berikut:
TARIKH: 19 SEPT 2013
MASA: 8.30-10.30 MALAMTEMPAT: Bilik JPK, Blok A


Mohon semua pelajar untuk panjangkan notis ini kepada penghuni rumah masing-masing.

*Sila baca dan faham objektif dan syarat kelayakan menyertai kelab keusahawanan  sebelum menghadiri temuduga.
*Sila pilih satu jawatan yang sesuai dengan diri dan kelayakan anda sebelum menghadiri  temuduga.
*Beratur dan tunggu giliran anda diluar bilik JPK.
*Datang tepat pada waktu yang ditetapkan.


Objektif Kelab Keusahawanan Kolej Sakura:
1. Membantu menjana kewangan untuk Tabung JPK Sakura
2. Menghasilkan produk Sakura (contoh: Kerongsang dan sebagainya)



Syarat kelayakan:
1. Mampu memberi komitmen sepenuhnya tanpa sebarang kekangan.
2. Berfikiran matang, kreatif dan innovasi.
3. Berpengetahuan dalam bidang ekonomi, jual-beli, perniagaan.
4. Mampu menyiapkan tugas dalam tempoh yang ditetapkan.
5. Rajin menghadiri perjumpaan mingguan.
6. Bekerja kearah kejayaan kelab.
7. Mampu meluangkan masa untuk berniaga jika diperlukan. (Bergilir-gilir)
8. Mementingkan objektif kelab daripada kepentingan diri .
9. Dapat berkomunikasi dan berkerja dalam kumpulan.

Jawatan yang boleh dipohon:
1.Naib presiden
2.Bendahari
3.AJK Jualan
4.AJK Logistik
5.AJK Produk
6.AJK Publisiti

*Mempunyai PENGALAMAN dalam jawatan yang dipohon amat digalakkan dan akan diberi
keutamaan (sila bawa bukti, contoh: Sijil (jika ada) semasa temuduga).
*Sila pilih SATU jawatan yang sesuai untuk diri anda ketika menghadiri temuduga
Exco Keusahawanan






WELCOME

animated welcome photo: welcome animated 1550570i52gp7xz6v.gif


Semester baru bermula lagi. Admin ucapkan tahniah dan selamat datang kepada pelajar baru yang sekarang ni tengah sibuk dengan MAP UNIMAS. Tahniah juga kepada pelajar lama yang berjaya mendapat penempatan di kolej bagi semester ini. Admin harap dengan jumlah ambilan pelajar baru yang banyak dapat meriahkan lagi aktiviti kolej dan UNIMAS. Bagi semester ini banyak aktiviti telah dirangka, nantikan yer... Bagi update aktiviti dan pengumuman pihak kolej serta JPK boleh semak kat page FB dan di blog ini, OK?... =)... Apapun, jumpa di kolej nanti.

p/s
sebarang komen serta cadangan adalah amat dialu-alukan