Sakura Team Building

SALAM SAKURA

Barisan JPK Sakura dan AJK Program Sakura Team Building

Pada sabtu yang lalu, Kolej Sakura telah mengadakan program pertama kolej bagi sesi 2013/2014 iaitu Program Sakura Team Building. Program ni dijalankan kat bilik seminar dan merupakan program anjuran Exco Pembangunan dan Sahsiah kolej iaitu, Cik Amira kita. Tahniah buat pengarah program kita walaupun penyertaan agak kurang dari kalangan pelajar baru tetapi aktiviti masih berjalan dengan gempaknya. 

Untuk info semua, ini merupakan kali kedua program ini dijalankan dimana kali pertama dijalankan pada semester lepas. Ia merupakan program berbentuk latihan dalam kumpulan yang disertai 80 orang peserta. Objektif utama program pula adalah untuk merapatkan hubungan antara pelajar disamping dapat membina sifat kerjasama dalam kumpulan.

Sebanyak 8 permainan disediakan sepanjang program berlangsung iaitu, Rantaian Nama, Aku Dia dan Kamu, Angin Bertiup, Tounge Twister, Spread That Thing, Thinker Time, Catch and Run dan Odd or Even.


Tounge Twister
      
Tounge Twister dalam berkumpulan

Aktiviti Aku Dia dan Kamu

Mc gelak bila peserta Tounge Twister mencuba nasib. Berbelit lidah

Antara peserta Sakura Team Building

Peserta sedang khusyuk menyepit kertas duna chopstick. Susah....

Bersungguh untuk meneka peribahasa 

Antara First Impression peserta dalam aktiviti ini. 'Comel dan Peramah'

Ada gaya

Peserta bersama lukisan yang menggambarkan diri diorang

Berebut nak tulis pasal first impression orang



Laporan oleh: 
Farhana Binti Muhammad Yusoff, Sidang Redaksi Kolej Sakura

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.