Malam Gala Sakti 2018



15 Disember 2018- Malam Gala Sakti (MGS) merupakan acara tahunan bagi Kolej Sakura. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada mantan-mantan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Sakura bagi sesi 2017/2018 dan seluruh warga Kolej Sakura. MGS pada tahun ini adalah bertemakan English: Let’s Go Modern yang telah dianjurkan oleh saudari Ainadhira Billahizzah binti Abdul Rani.


Acara ini telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Mohd Fadzil Abd Rahman, Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa, felo-felo Kolej Sakura, Cik Noorfarida binti Saini dan Cik Raja Norazizah binti Raja Harun serta mantan-mantan JPK 2017/2018 dan juga JPK sesi 2018/2019. Acara turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran staf-staf kolej yang termasuk Pak Alli, Encik Lipok, Encik Etau, Encik Taha dan Puan Evelyn.


Majlis pada malam tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Unimas Gemilang dan diiringi lagu Tekad Sakura. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan ucapan perasmian daripada mantan presiden JPK 2017/2018, saudari Elisa Elizebeth Anak Jihed. Seterusnya majlis turut menjemput Cik Siti Nor Ain, Pengetua Kolej Sakura untuk memberikan ucapan dan akhir sekali ucapan daripada Prof Fadzil Abd Rahman.


Antara aktiviti yang dijalankan pada malam tersebut ialah persembahan tarian daripada Kelab Expresso, penyampaian sijil Ketua Blok dan juga JPK 2017/2018. Acara yang dinanti-nantikan oleh para pelajar akhirnya tiba apabila sesi bertukar hadiah diumumkan. Jelas terpapar kegembiraan pada wajah para pelajar tatkala bertukar-tukar hadiah dengan rakan-rakan.


Aktiviti lain yang diadakan termasuklah gimik pembukaan Malam Gala Sakti oleh JPK 2018/2019, penyampaian anugerah, sijil dan piala olahraga beserta penyampaian Anugerah Bidadari yang telah dimenangi oleh saudari, Larissa Phoebe Anak Laharose.

Majlis kemudian diakhiri dengan sesi fotografi. Majlis bersurai selepas perarakan keluar TNC HEPA, pengetua kolej dan barisan felo. 

Disediakan oleh,
Deveena Iyot Anak Adrian Betie

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.