Amanat Pengetua Akhir Semester 2018/2019

Amanat Pengetua Akhir Semester 2018

Pada 12 Disember 2018, Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sakura telah mengajurkan Majlis Amanat Pengetua yang merupakan acara wajib yang akan dilaksanakan di setiap permulaan dan penghujung semester. Majlis telah diadakan di Dewan Kuliah, Central Teaching Facilities 1 (CTF1), UNIMAS.
                Pendaftaran pelajar telah bermula seawal jam 7:00pm dan berakhir pada jam 7:40pm, menggunakan kaedah imbasan QR Code. Ketibaan Pengetua kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa yang turut disertai oleh barisan felo, Cik Noorfarida Binti Saini,  serta Inspektor Raja Nor Azizah Binti Raja Harun, tepat pada pukul 8:00pm telah disambut dengan meriah oleh penghuni Kolej Sakura. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu UNIMAS Gemilang yang kemudian turut diiringi lagu kolej iaitu Tekad Sakura.
                       

               Felo Blok A iaitu Inspektor Raja Nor Azizah Binti Raja Harun telah menyampaikan taklimat beliau tentang Disiplin dan Keselamatan. Beliau telah memberitahu beberapa masalah yang didapati di Kolej Sakura dalam taklimat tersebut. Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa telah dijemput untuk menyampaikan amanatnya. Beliau telah membaca beberapa cadangan dan juga masalah penghuni Kolej Sakura.Beliau turut berkongsi kejayaan-kejayaan lepas Kolej Sakura termasuklah kemampuan kolej untuk menjadi Johan Olahraga Peringkat UNIMAS dan menyatakan kemampuan kolej untuk bersaing dengan kolej-kolej lain dalam beberapa sukan termasuk Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar dan Bola Keranjang. Beliau juga telah mengenalkan Barisan Perwakilan Kolej Sakura dan memberi beberapa taklimat kepada pelajar yang akan mengikuti Latihan Industri pada Sem 2 2018/2019.

                                 

                Satu sesi soal jawab diadakan di mana sesiapa yang mempunyai soalan boleh terus bertanya kepada mana-mana Felo ataupun Pengetua.  Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan tayangan montaj aktiviti pelajar yang telah disediakan oleh Sakura Editorial Board bagi tahun 2018/2019. Sesi penyampaian sijil diadakan kepada semua peserta dan pemenang Kolej Sakura.
       



                  Majlis kemudian diakhiri dengan sesi fotografi. Majlis bersurai selepas perarakan keluar pengetua kolej dan barisan felo. Penghuni Kolej Sakura telah daftar keluar melalui Kod QR.



Laporan oleh,
Darshini A/P Mohan
Sakura Editorial Board

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.