Sakura Heart On Charity

11 -13 April- Exco Disiplin dan Keselamatan, saudari Komathi Chandara Kumaran selaku pengarah program telah menganjurkan program anak angkat ini bersama dengan saudari Mimin Masturina sebagai timbalan pengarah telahpun melancarkan program ini dengan jayanya. Pada hari pertama, warga Sakura telah tiba di Kampung Empila sekitar pukul 9 pagi. 
Add caption

Selepas pembahagian anak angkat kepada 16 buah keluarga angkat, pemeriksaan kesihatan untuk penduduk kampung telah dijalankan. Pemeriksaaan yang ditawarkan terdiri daripada pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi dan pemeriksaan payu dara. Sokongan daripada Klinik Kesihatan Kota Samarahan, Klinik Pergigian Kota Samarahan dan Sarawak Breast Cancer Support Group telah menjadikan program ini berjalan lancar.



Pada keesokan paginya, para AJK Sakura Heart on Charity telah berlatih persembahan yang bakal dipersembahkan kepada warga kampung Empila. Persembahan tersebut diambil tempat di dewan Kampung Empila bersebelahan dengan masjid. Sebelah petangnya pula, warga kampung telah menyertai dalam sukaneka anjuran program ini. 


Kebanyakan kanak-kanak telah menyertai permainan getah dengan straw, pelepah getah, model surat khabar, sorakan terhebat dan tarik menarik antara penduduk kampung dan warga Sakura.






Malam kebudayaan yang diadakan pada waktu malam pula telah dihadiri oleh Yang Dihormati En. Bujang bin Hassan, Ketua Kampung Kaum Empila, Tuan Haji Tambi bin Ibrahim, Pengerusi PBB Ranting, Kampung Empila, En.Awek bin Busra, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Kampung Empila, Tuan Imam En. Taha bin Nasa dan En. Ahed bin Kalok, Pengerusi Masjid Kampung Empila.


Penyampaian hadiah kepada kumpulan 1, 4 dan 7 dalam acara sukaneka telah diberi. Manakala, saudari Hani Mail telah memenangi acara membuat ketupat, kumpulan 5, iaitu diwakili oleh Pn.Rasidah telah memenangi fashion show dimana pakaiannya adalah dibuat daripada surat khabar. Di samping itu, kumpulan 8 telah memenangi hadiah untuk acara belon air dan untuk warga kampung Empila telah memenangi acara menarik tali. Walaupun AJK Sakura telah tewas dalam acara menarik tali, namun kepuasan menunjuk di riat muka mereka apabila warga kampung turut menyertai dalam acara tersebut dan menyertainya dengan penuh keikhlasan.




  Pada malam tersebut, persembahan daripada kumpulan Alpha, Beta, Gamma, dan Teta oleh para AJK dan penyertaan penduduk kampung dalam persembahan daripada kumpulan Berlanang, Nasyid, Gendang Melayu dan nyanyian solo daripada Nana dan Ustaz Mohd. Ali telah mendapat sokongan dan galakkan yang padu daripada semua lapis masyarakat kampung.



Pada hari yang ketiga dan juga hari yang terakhir, penutupan majlis Sakura Heart on Charity pun telah dilaksanakan. Pada sebelah pagi itu, senamrobik oleh AJK, terutamanya untuk lagu’Xi Shua Shua’ telah mendapat hati dalam para penduduk kampung.

 Apabila, ‘poco-poco’ diminta atas permintaan ramai, maka penduduk kampung dengan semua warga Sakura telah menikmati senaman tersebut. 



Selepas itu, gotong-royong telah diadakan di sebahagian tempat di kampung tersebut. 


Walaupun ternyata  matahari di puncaknya, namun semua AJK masih meneruskan pembersihan di sekitar kampung Empila. Upacara majlis penutupan telah dilaksanakan pada pukul 2 petang.


Dengan hati yang berat, semua AJK telah pulang ke Kolej Sakura. Kepada segelintir warga Sakura yang tidak pulang ke negeri masing-masing. Penginapan di rumah keluarga angkat telah mengubati rindu terhadap keluarga tersayang. 

Walaupun tinggal selama 3 hari dan 2 malam, namun kenangan bersama warga Empila dan keluarga angkat adalah sesuatu pengalaman yang telah tercapai objektifnya iaitu, menyumbangkan tenaga dan bakti kepada masyarakat setempat melalui program khidmat masyarakat yang dapat menggalakkan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan.


Oleh, Ng Chai Yin
Jurugambar, Amanda Shia Kang Ping




No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.