MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SEKOLAH ANGKAT SIRI 5



18 Mei-  Program Sekolah Angkat yang telah dijalankan selama 6 minggu iaitu daripada 5 April sehingga ke 11 Mei telah mencapai penghujungnya. Dengan berinti patikan budaya aktiviti khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar UNIMAS terutamanya mahasiswi Sakura melalui perkongsian pengetahuan dengan berbakti kepada masyarakat setempat, PSA Siri 5 ini telah dijalankan dengan jayanya. 


Sempena majlis penutupan PSA Siri 5, Dekan PPP, Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Rusli Ahmad, Cik Ain, Pengetua Kolej Sakura, Dr Farah Akmal dan Pn. Hajah Noorma Ismail sebagai felo kolej Sakura, En. Ismail Ibrahim, guru besar SK Kampung  Baru disamping presiden kolej Sakura saudari Shahidatulnuraisyah, pengarah program Hanie Ruzana yang juga merupakan Ketua Exco Akademik, para fasilitator, barisan JPK Sakura dan murid-murid Sekolah Kampung Baru telah menghadiri majlis yang mulia ini. 


Majlis penutupan yang berlangsung di Parking Lot A di bawah khemah telah berjalan dengan lancarnya dengan keizinan cuaca yang baik.


Untuk memulakan majlis penutupan, saudara Abdul Malik Bin Jaafar telah memimpin bacaan doa. Pengarah program, saudari Hanie Ruzana telah menyampaikan sepatah dua kata dengan diteruskan oleh ucapan daripada pengetua kolej Sakura, iaitu Cik Siti Nor Ain bt Musa.


Dekan PPP, Dr Rusli juga telah dijemput untuk menyampaikan ucapan beliau dan beliau telah berpesan agar kemahiran insaniah harus dipupuk melalui program-program seumpama ini. Antara kemahiran insaniah yang telah disentuh oleh beliau adalah berkepimpinan, memberi bakti dengan berkhidmat kepada komuniti, berdaya usaha dan berinovasi dalam setiap perkara yang kita menerajui dan menanam nilai sukarelawanan dalam diri masing-masing. Dengan berakhirnya ucapan beliau, majlis penutupan PSA telah dirasmikan.
Selepas itu, tayangan montaj telah berlangsung yang telah disediakan oleh Kelab Sidang Redaksi Sakura. 

Majlis telah menyampaikan Anugerah Tokoh Pelajar Lelaki kepada adik Rafiq Khairin B Mohamad dan bagi kategori pelajar perempuan pula dimenangi oleh adik Alyana Batrisya Bt Berahim. Manakala, bagi Anugerah Pelajar Paling Aktif, hadiahnya telah dimenangi oleh saudara Mohamad Haikal Hakimie B Hasmad.



Dengan sesi bergambar para fasilitator dengan pihak sekolah SK Kampung Baru dan murid-muridnya perasmian majlis penutupan PSA Siri 5 pun telah berakhir. 

Oleh, Ng Chai Yin
Jurugambar, Nurasyikin Bt Hedeir

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.