IT'S JUST A JOKE: BODY SHAMING




“Be proud of who you are, and not ashamed of how someone else sees you”

30 November 2019 – “Body shaming bukanlah satu gurauan akan tetapi adalah satu jenayah”. Begitulah ungkapan penceramah Norfaiezah binti Sedi yang merupakan penceramah program It’s Just a Joke anjuran Exco Akademik dan Kerjaya Kolej Sakura sesi 2019/2020. Program yang bermula seawal jam 9 pagi itu telah berlangsung di Bilik Pembelajaran 3, CTF 1.

Nyanyian lagu UNIMAS Gemilang dan Tekad Sakura telah menjadi pembuka tirai program pada pagi tadi. Cik Norfaiezah yang mesra disapa Kak Efa, kemudian dijemput bagi menyampaikan ceramah beliau. Kak Efa yang memegang jawatan sebagai Manager Pusat Internet Kampung Quop telah memulakan sesi ceramah beliau dengan menyentuh serba sedikit berkenaan buli siber secara ringkas.


Beliau menegaskan bahawa buli siber adalah perkara yang tidak patut diambil remeh dan menekankan bahawa tindakan-tindakan berikut perlulah diambil sekiranya menjadi mangsa buli siber:

  • Cerita – Memberitahu orang dewasa yang dikenali & dipercayai 
  • Bukti – Screenshot mesej pembuli sebagai bukti 
  • Lapor – Melaporkan kepada pihak polis berkenaan pembulian beserta bukti 
  • Diam – Jangan membalas e-mel/mesej/komen pembuli di media sosial 
  • Elak – Elakkan daripada bertemu janji/berjumpa dengan pembuli 
  • UnfriendUnfriend ataupun block pembuli daripada media sosial


Beliau kemudian meneruskan ceramah dengan menerangkan lebih lanjut berkenaan body shaming serta kesan-kesannya terhadap mangsa yang termasuklah stres dan gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kemurungan yang kemudian boleh membawa kepada kejadian bunuh diri.

“Mengkritik penampilan serta memberikan gelaran yang berasaskan ciri fizikal seseorang adalah merupakan salah satu contoh body shaming.” – Cik Norfaiezah

Setelah selesai slot ceramah, program It’s Just a Joke kemudian diteruskan dengan sesi soal jawab bersama Kak Efa. Peserta yang hadir telah diberi peluang secara terus untuk bertanyakan pelbagai soalan dan tidak kurang juga ada soalan yang telah berjaya mencuit hati Kak Efa.


Seusai sesi soal jawab, program diteruskan pula dengan sesi penyampaian cenderamata kepada penceramah oleh pengarah program iaitu saudari Nur Husna Aqila binti Sahabudin. Majlis kemudian diakhiri dengan sesi fotografi.


“Judging a person does not define who they are. It defines who you are” – Kristen Stewart

Disediakan oleh: Deveena Iyot Anak Adrian Betie
Photographer: Izzati Hariri

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.