Love in the Air



“Once a lass met a lad
You’re a gentle one said she
In my heart, I’d be glad
If you love me for me”

15 November 2019 – Begitulah dendangan lagu “If you love me for me” oleh pasukan koir Tun Ahmad Zaidi (TAZ) yang membuka tirai bagi acara nyanyian yang bertemakan “Love in the Air” anjuran Exco Kesenian dan Kebudayaan Kolej Sakura 2018/2019 yang bertempat di Panggung Gemilang. Program interkolej yang dianjurkan ini merupakan sebuah platform dimana kolej-kolej kediaman di UNIMAS berentap dalam dua kategori, iaitu koir dan juga akustik.



Acara yang bermula seawal jam 8:15 malam itu telah dihadiri oleh pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain binti Haji Musa dan felo-felo Kolej Sakura, Cik Raja Norazizah binti Raja Harun dan juga Cik Noorfarida binti Saini. Tiga orang juri jemputan; Encik Ahmad Deedat bin Ibrahim, Encik Mohd Anwar Hassan dan Banie Faizu turut dijemput untuk memeriahkan lagi acara.

Nyanyian kategori koir turut disertai oleh tiga lagi kolej lain termasuk Kolej Allamanda, yang merupakan juara bagi kedua-dua kategori nyanyian, Kolej Cempaka dan juga Kolej Sakura. Acara kemudian diteruskan pula dengan kategori nyanyian akustik yang dimeriahkan dengan penyertaan dari Kolej Bunga Raya dan Kolej Rafflesia.



Acara ini telah mendapat sokongan penuh daripada semua pihak yang terlibat. Sorakan kolej-kolej dilaungkan di setiap hujung persembahan menggambarkan sokongan tanpa sempadan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang hadir. Sorakkan pelajar-pelajar sekali lagi memeriahkan Panggung Gemilang tatkala diumumkan persembahan istimewa daripada juri jemputan, Banie Faizu. Beliau mendendangkan lagu Can’t help falling in love with you dan juga Isabella.

Program “Love in the Air” kemudian diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan juga penyampaian cenderamata kepada juri-juri jemputan. Majlis kemudian diakhiri dengan sesi fotografi.

 Senarai Pemenang
Koir:
Juara: Kolej Allamanda – Le’ Vitas
Kedua: Kolej Tun Ahmad Zaidi – Avataz Choir
Ketiga:  Kolej Sakura – Sakura Amorcita

Akustik:
Juara: Kolej Allamanda – Nuil Nuil Part
Kedua: Kolej Bunga Raya – Civilization
Ketiga: Kolej Tun Ahmad Zaidi – Avatz Senior




"The best and most beautiful things in this world cannot be seen or even heard, but must be felt with the heart." — Helen Keller

Disediakan oleh: Deveena Iyot Anak Adrian Betie
Photographer: Fellyciana Sylvester

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.