Salam Sayang Sakura


Kursus Keusahawanan 2013


Pada 2 Mac yang lepas, Kursus Keusahawanan 2013 telah dijalankan dengan jayanya di BS5, CTF3, UNIMAS. Kepada semua peserta dan AJK program, TAHNIAH kerana telah menjayakan majlis tersebut.  


Majlis ini merupakan program pertama kolej bagi semester ini dan dibawah seliaan Exco Keusahawanan Kolej Sakura. Tajuk yang dipilih untuk tahun ini adalah “Tips Menjadi Usahawan Berdaya Saing”. Ceramah disampaikan oleh Cik Nordiana Ahmad Nordin, yang merupakan pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UNIMAS. 



Sebelum program bermula, peserta perlula sign in terlebih dahulu.


Selepas sign in, peserta akan diberikan borang kuiz berkenaan program. Borang ini kemudiannya akan diberikan semula kepada ajk pelaksana untuk disemak. Bagi peserta yang bertuah dan menjawab semua kuiz dengan betul, hadiah misteri bakal menanti mereka... 


Kursus ini dimulakan dengan nyanyian Unimas Gemilang dan Tekad Sakura. Seterusnya tayangan montaj kursus keusahawanan yang disediakan oleh ahli Sidang Redaksi Kolej Sakura dan AJK pelaksana kursus tersebut. Selesai dengan tayangan montaj, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang diketuai oleh saudari Nur Atikah Binti Morshidi.

Semasa bacaan doa =)


Selesai dengan bacaan doa, Cik Fong Shu Ying selaku pengarah program menyampaikan ucapan alu-aluan. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menerangkan objektif utama kursus keusahawanan 2013 pada kali ini. Antara objektif yang diketengahkan adalah dapat mengasah bakat keusahawanan dan memberi pendedahan tentang asas-asas keusahawanan kepada pelajar kolej Sakura. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada pengetua Kolej Sakura.


Ucapan aluan daripada Fong Shu Ying. Comel la kamu Fong.

Kata-kata aluan daripada pengetua Kolej Sakura, Cik Ain binti Musa.

          
Ceramah dimulakan pada jam 10 pagi. Penceramah telah memulakan ceramah beliau dengan menceritakan pengalaman beliau dalam bidang pemasaran dan perniagaan. Ceramah tersebut telah merangkumi beberapa aspek penting seperti pengertian usahawan, ciri-ciri keusahawanan dan penekanan dalam aspek kreatif dan inovatif. Petikan kata-kata yang beliau telah kongsikan antaranya, “usahawan bermula dengan idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk melaksanakan idea tersebut”.


Inilah penceramah jemputan kita, Cik Nordiana Ahmad Nordin.

Antara peserta dan barisan JPK yang hadir.


Sesi interaktif bersama peserta. Cik Nordiana mengadakan sesi soal jawab bersama peserta. Semua peserta nampak bersemangat untuk turut serta.

Peserta ini merupakan antara peserta yang bertuah kerana berjaya menjawab soalan yang diajukan. Cik Nordiana memberikan hadiah bahan bacaan milik peribadinya kepada peserta tersebut. Bertuahnya!!!


Ceramah tersebut tamat pada jam 11.50 pagi. Penyampaian saguhati penghargaan kepada penceramah telah disampaikan oleh pengetua kolej Sakura dan diiringi oleh pengarah projek kursus keusahawanan. 


Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan. Thank you Cik Nordiana untuk info menarik berkaitan usahawan berjaya.

Penyampaian cenderahati kepada pengetua Kolej Sakura. Cik Ain nampak ayu berbaju biru.


Seterusnya, AJK pelaksana telah mengadakan satu kuiz keusahawanan secara lisan kepada para peserta kursus. Pada jam 12.30 tengahari, penyampaian hadiah kepada para peserta yang bertuah telah diadakan yang disampaikan oleh pengarah projek kursus keusahawanan. Kursus keusahawanan 2013 ini tamat pada jam 12.45 petang.


Artikel asal disediakan:
Farhana Binti Muhammad Yusoff, Sidang Redaksi Kolej Sakura

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.