SAKURA BERPANCAK


19 Oktober 2014- Satu program seni pertahanan diri iaitu seni silat Cekak Hanafi telah dianjurkan oleh Exco Kebajikan Sakura. Program ini telah dijalankan di Bilik Gym Kolej Sakura.

            Pihak penganjur telah menjemput Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sarawak untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa Kolej Sakura akan kepentingan mempelajari seni pertahanan diri.
                 



            Terdapat dua sesi yang dijalankan dalam program tersebut iaitu sesi pertama sesi taklimat berkenaan Asas Keselamatan Dan Pertahanan Diri yang disampaikan oleh Encik Mohamad Fadzly Hj. Arfan. Dalam taklimat beliau, beliau menerangkan orang-orang yang berisiko menjadi mangsa serangan, bentuk-bentuk serangan yang boleh berlaku, dan senjata-senjata yang boleh digunakan untuk pertahanan diri. Setelah itu para peserta membuat latihan amali berkenaan teknik-teknik asas untuk mengelak dari serangan mengejut.



.           Slot yang kedua ialah slot teknik melepaskan diri dari serangan dan cengkaman yang disampaikan oleh salah seorang ahli persatuan yang dikenali sebagai Abang Jep. Beliau memperkenalkan tiga teknik iaitu standing fighting, round fighting dan RAC (kunci badan). Beliau menegaskan bahawa para peserta perlu mengetahui asas-asas pertahanan diri dan cara untuk melepaskan diri sekiranya menjadi mangsa jenayah.



            Slot yang seterusnya ialah slot taklimat berkenaan Hak Pertahanan Diri dan Cara mengelak Dari Serangan Seksual. Dalam slot ini diterangkan berkenaan hak-hak mempertahankan diri sekiranya berlaku serangan. Selain itu peserta juga dijelaskan berkenaan cara mengelak dari serangan seksual adalah tidak berpakaian terlalu menjolok mata dan tidak mengaku sedang bersendirian. Setelah itu, program diteruskan lagi dengan demonstrasi pertahanan diri oleh ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sarawak.


            Semasa majlis penutupan, Saudari Saidatul Edora memberi sedikit ucapan dan mengucapkan ribuan terima kasihnya kepada persatuan silat atas kesudian melapangkan masa menjadi tenaga pengajar untuk program tersebut. Majlis berakhir dengan sesi fotografi bersama para peserta.


          Disediakan Oleh : Nurlaylah Lai

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.