MAJLIS AMANAT PENGETUA

 

Majlis Amanat Pengetua merupakan suatu acara wajib bagi pelajar Kolej Sakura apabila memasuki semester baharu. Majlis ini bermula dengan ketibaan pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain binti Hj Musa, Cik NoorFarida binti Saini dan Dr Nor Hasmaliana binti Abdul Manas, felo kolej Sakura. Selepas nyanian lagu Unimas Gemilang serta Tekad Sakura, para pelajar disajikan dengan tayangan video pencapaian Kolej Sakura sepanjang semester 1 2016/2017. Video pencapaian Kolej ini disediakan oleh Sakura Editorial Board (SEB). Antara pencapaian kolej Sakura sepanjang semester 1 2016/2017 adalah Johan Bola Jaring bersempena Cempaka Sport Hunter, tempat ke-4 bagi Kejohanan Olahraga Unimas serta Johan Koir bersempena festival konvokesyen.


Dr. Nor Hasmaliana merupakan felo baru kolej Sakura. Beliau berpesan agar semua penghuni kolej Sakura menjaga kebersihan kolej, sentiasa berdisiplin serta jangan bertindak mengikut perasaan. Beliau turut menyatakan kepentingan berkongsi masalah bersama rakan sebaya. Hal ini dapat mengurangkan tekanan pelajar sepanjang pengajian. Cik NoorFarida turut berpesan agar semua penghuni kolej Sakura meletakkan matlamat sepanjang pengajian. Selain itu, beliau turut memperingatkan kepada pelajar untuk memaklumkan kepada felo sekiranya sakit ataupun berlakunya perkara kecemasan.


Manusia merupakan perkataan yang berasal dari 'nasia' yang membawa maksud lupa. Oleh itu, pengetua kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain sekali lagi memperingatkan para pelajar mengenai peraturan-peraturan sepanjang berada di kawasan kolej serta kampus. Antara pesanannya ialah lelaki dilarang sama sekali berada di sekitar kawasan kolej kecuali staff, mematuhi peraturan pemakaian sepanjang berada di kawasan kampus, sentiasa berada didalam kampus sebelum pukul 12 tengah malam serta mendaftarkan peralatan elektrik.


Selain itu, Cik Siti Nor Ain, pengetua kolej Sakura turut menyatakan harapan serta pesanannya kepada para pelajar dalam ucapannya. Cik Siti Nor Ain berpesan agar semua pelajar dapat menjimatkan penggunaan elektik dan air serta menjaga kebersihan rumah masing-masing. Antara harapannya ialah pelajar dapat menyeimbangkan antara akademik dan kokurikulum kerana tujuan utama pelajar ke sini adala untuk belajar. Akhir sekali Cik Siti Nor Ain berpesan agar para pelajar sentiasa menghormati orang sekeliling.

 
Majlis Amanat Pengetua ini diakhiri dengan tayangan video pengurusan kolej serta Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sesi 2016/2017. Majlis bersurai selepas perarakan keluar pengetua dan felo.


Di sediakan oleh;
Nor Afikah Mazlan






No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.