Orientasi Kolej Sakura

Disediakan oleh: Nur Izzati bt Mohd Hariri


16 Sept 2017: “Welcome New Sisters!”
Demi meraikan kedatangan warga Sakura yang baru mendaftar, program Orientasi Kolej Sakura diadakan dengan jayanya dengan penglibatan wajib semua pelajar tahun 1 yang telah mendaftar bagi sesi 2017/2018.

Program dimulai dengan pendaftaran semua peserta pada jam 7 pagi. Semua peserta diberi sarapan terlebih dahulu sebelum slot pertama bermula. Memandangkan cuaca tidak mengizinkan, pelajar ditempatkan di Bilik Seminar & Surau Kolej.





Suasana yang sangat ceria dapat dilihat apabila pelajar dapat mengenali antara satu sama lain dalam slot ‘Get To Know You’. Peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang fasilitator. Mereka diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing dan mengingati nama-nama tersebut. Seterusnya, setiap kumpulan diminta untuk mencipta tagline dan sorakan kumpulan masing-masing.




Slot seterusnya, faisilitator meminta pelajar untuk membayangkan mereka sebagai seorang Perdana Menteri bagi sesebuah negara. Pelajar diminta menyediakan lima perkataan berdasarkan ‘masalah dunia ‘yang telah diberikan oleh fasilitator. Setiap kumpulan perlu membuat hujah berdasarkan lima perkataan tersebut sahaja sehingga semua kumpulan setuju dengan pendapat tersebut.  Kemudian, pelajar diminta mencipta lagu kebangsaan & ikrar berdasarkan perkataan-perkataan yang telah dipilih oleh mereka sebelum ini.

Seusai permainan sebentar tadi, semua pelajar diminta untuk berkumpul di Bilik Seminar Blok A untuk slot seterusnya ‘Sakura Warriors’. Pengenalan organisasi JPK telah diketuai oleh saudari Elisa Elizabeth. Seterusnya semua pelajar diberikan pendedahan tentang kelab-kelab di dalam Kolej Sakura. Semua pelajar berpeluang menonton tayangan montaj setiap kelab sebagai pengenalan dan menerima keterangan lebih lanjut dari wakil kelab berkaitan.

Sebelum ke acara penutup, acara penyampaian hadiah diteruskan kepada 5 kumpulan terbaik. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Sasa Kura, Cendawan, Boyak, Girls Star dan juga Melati. Program orientasi kolej berakhir dengan agihan makanan tengahari kepada semua peserta.


No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.