RAMADHAN FOR ALL

Ramadhan For All
by : Fatin Shahirah binti Amanzuria


17 Mei 2018 - Alhamdulillah bagi menyambut ketibaan hari pertama bulan puasa, Exco Jawatankuasa Surau Kolej Sakura (JASSA) telah menganjurkan iftar jamaei yang bertempat di ruang legar Blok C dan  surau kolej. 



Penyediaan makanan

    Pendaftaran bermula pada jam 6.00 petang hingga 6.30 petang. Para peserta turut membawa pinggan, mangkuk, gelas dan sudu sendiri untuk melancarkan majlis.


      Turut hadir juga pada majlis tersebut ialah pengetua, felo dan wakil JPK sesi 2017/2018. Pelajar-pelajar tahun akhir dijemput untuk memeriahkan dan menjayakan program ini. Majlis iftar perdana dijalankan bertujuan bagi merapatkan lagi hubungan di antara penghuni Kolej Sakura dan pengetua serta felo. 


     Selepas berbuka, pelajar bersiap sedia untuk solat terawih di surau. Sesi tamat sekitar jam 9.00 malam dengan sesi pembahagian moreh.

    Syabas kepada pasukan Kolej Sakura yang terdiri daripada kakitangan, pelajar-pelajar dan pelajar tahun yang turut serta terlibat  di dalam menjayakan majlis ini. 

Disedikan oleh : Fatin Shahirah 
Photographer : Aisyah Awang 

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.