SAKURA ORIENTATION



SAKURA ORIENTATION
Disediakan oleh : Fatin Shahirah binti Amanzuria
15 Sept 2018 - Selamat datang kepada semua warga Sakura yang baru mendaftar! Selamat datang ke dalam keluarga besar Sakura.

Demi meraikan lagi pelajar baru Kolej Sakura, program Orientasi Kolej telah diadakan dengan jayanya untuk memberi pendedahan tentang Kolej Sakura kepada pelajar pelajar tahun 1 sesi 2018/2019. Program ini diadakan selama dua hari iaitu 15 dan 16 September.


Program dimulai dengan pendaftaran semua peserta pada jam 7 pagi. Semua peserta diberi sarapan terlebih dahulu sebelum slot pertama bermula. Memandangkan cuaca tidak mengizinkan, pelajar ditempatkan di Bilik Seminar & Surau Kolej.



Slot dimulakan dengan pengenalan organisasi JPK telah diketuai oleh saudari Elisa Elizabeth. Seterusnya semua pelajar diberikan pendedahan tentang kelab-kelab di dalam Kolej Sakura. Semua pelajar berpeluang menonton tayangan montaj setiap kelab sebagai pengenalan dan menerima keterangan lebih lanjut dari wakil kelab berkaitan.



Kemuncak program adalah slot ‘Ekplorasi Sakura’ di mana kesemua kumpulan peserta akan menjalani beberapa checkpoint untuk memenangi pertandingan ini. Kesemua checkpoint bertempat di perkarangan kolej Sakura dan setiap soalan untuk setiap checkpoint berkisar pengetahuan am mengenai kolej dan UNIMAS. Mereka diuji dengan soalan kuiz trivia kolej dan UNIMAS, menyanyikan lagu Tekad Sakura dan banyak lagi. Sesungguhnya slot ini sedikit sebanyak berjaya menambah ilmu penghuni baru Sakura seterusnya menanam kecintaan kepada kolej.

Program orientasi kolej berakhir dengan agihan makanan tengahari kepada semua peserta.


No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.