Konvensyen Wanita Anggun - Sisterhood Night



- Salam Sakura ku Sayang -

Pada hari Jumaat di sebelah malam nya pula, KWA telah menganjurkan program ‘Sisterhood Night’ dengan ‘Heart-to-Heart’ talk.



Panel pada malam itu terdiri daripada Presiden JPK Kolej Sakura,Kak Fitriyah  dan Kak Fong Shu Yiing yang kini merupakan Bendahari Kehormat MPP sesi 2014/2015.

Sesi pada malam itu lebih kepada santai dan sesi berkongsi pengalaman dan tips untuk berjaya. Untuk pengetahuan anda semua, Kak Fitriyah dan Kak Fong sangat aktif dalam kegiatan kolej dan UNIMAS. 

Namun, mereka tetap dapat mengimbang kan dengan pelajaran. Contohnya Kak Fong sentiasa mendapat Anugerah Dekan untuk sem. Hebat kan? Itulah yang patut kita contohi. Cayalah Kak Fong!

Sesi perkongsian diakhiri dengan ucapan ringkas dari panel jemputan. Selepas itu, Sisterhood Night diserikan lagi dengan ‘Movie Time’. Semangat sungguh pelajar Sakura bila dapat tahu cerita yang akan ditayangkan adalah filem Hindustan.

Cukup lah sampai sini. Keep waiting for the next activities :)


Disediakan oleh : Marjana Darus

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.