Festival Interkolej Sukan Sakura (Hari Ke-2)


Festival Interkolej Sukan Sakura

1 November 2015: Festival Interkolej Sukan Sakura telah memasuki hari kedua pelaksanaanya. Hari ini para peserta akan bertanding untuk tempat johan dan naib johan. Acara yang dipertandingkan pada hari kedua termasuklah pertandingan bola jaring, futsal kategori lelaki dan bola tampar kategori perempuan.

Walaupun keadaan pada hari tersebut hujan, festival sukan ini tetap dijalankan. Semua peserta beraksi dengan hebat sekali tanpa menghiraukan hujan yang menimpa. Semua ahli jawatankuasa yang terdiri daripada kelab Sukan Sakura turut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tanggungjawab tanpa lelah demi memastikan festival ini berjalan lancar.


Penyampaian hadiah diteruskan pada jam 11.00 pagi. Semua peserta dari pelbagai kolej berkumpul dalam acara penutup ini. Majlis diteruskan oleh pengerusi majlis, saudari Norliza binti Marusman Majlis penutup dihadiri oleh wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), saudari Nur Nabihah  binti Shaharudin, Presiden Kolej Sakura, Wan Azliza dan barisan jawatankuasa perwakilan kolej yang lain. Hadiah disampaikan oleh saudari Nabihah dan saudari Wan Azliza.





Keputusan untuk acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut;

Bola Jaring
Johan: Allamanda
Naib Johan: Cempaka A
Ketiga: Cempaka 3

Bola Keranjang (L)
Johan: Dahlia
Naib Johan: Bunga Raya
Ketiga: Cempaka

Bola Keranjang (P)
Johan: Bunga Raya
Naib Johan: Allamanda
Ketiga: Sakura

Bola Tampar (L)
Johan: Kenanga
Naib Johan: Cempaka
Ketiga: Allamanda

Bola Tampar (P)
Johan: Allamanda
Naib Johan: Cempaka
Ketiga: Bunga Raya

Futsal (P)
Johan: Kenanga
Naib Johan: Bunga Raya
Ketiga: Sakura

Futsal (L)
Johan: Cempaka B
Naib Johan: Bunga Raya A

Ketiga: Sakura


Oleh; Marjana Darus

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.