Sakura Proposal Pitch

By exco

Sakura Proposal Pitch



24 Oktober 2015: Program anjuran Exco Keusahawanan ini bertujuan untuk mengetengahkan bakat-bakat pelajar Kolej Sakura yang mempunyai potensi dalam mengendalikan program untuk pelajar Kolej Sakura sepanjang semester. Terdapat 6 kumpulan yang mengambil bahagian dalam program ini. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan idea dan maklumat terperinci mengenai program yang bakal dianjurkan oleh mereka.

Semua kumpulan mempamerkan potensi yang sangat tinggi dalam pembentangan yang dilaksanakan. Pelbagai jenis program dibentangkan oleh kumpulan yang berbeza. Semua kumpulan diadili oleh beberapa juri untuk mengenalpasti kumpulan yang terbaik di antara mereka.

Pemenang menerima wang tunai sebanyak RM50 beserta cenderahati. Pemenang terdiri daripada 4 orang pelajar Kolej Sakura iaitu Chua Vicky, Angela Phong Kai Xue, Edwina Kong Yan Ying dan Ton Mak Sin-Yi dengan program yang diberi nama “Make-up Class with Mary Care”.

Tahniah diucapkan kepada pemenang. Semoga program seperti ini dapat membuka mata dan memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai program seperti ini dengan pelbagai cadangan program yang pelbagai konsep.


 Oleh: Marjana Darus

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.