Showcase Anak Seni Sakura





Pada 17 September 2016, Exco Kesenian & Kebudayaan 15/16 telah menganjurkan Showcase Anak Seni Sakura yang bertempat dihadapan Mini Mart Kolej Sakura. Program ini  diadakan bertujuan untuk memperkenalkan  Kelab Kesenian & Kebudayaan Kolej Sakura. 




Semua pelajar  berkumpul dihadapan Mini Mart bagi melakukan pendaftaran sebelum program bermula pada pukul 8:30 malam.Tidak lupa juga tetamu yang setia bersama Kolej Sakura iaitu Pengetua Kolej Sakura , Cik Siti Nor Ain turut hadir ke program ini.




Pelbagai persembahan menarik dan memukau mata para pelajar  yang telah dipersembahkan oleh ahli-ahli Kelab Anak Seni Sakura. Antara persembahan yang menjadi tumpuan para pelajar ialah persembahan Nasyid, Tarian etnik, Modern dance, Tarian tradisional, dan Akustik. 




Program ini diakhiri dengan sebuah persembahan Tarian retro yang menghiburkan dan berakhir pada pukul 9:30 malam.





Disediakan oleh,


Ain Syahidah Binti Ismail ;)




No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.